HomeAKTIVITIManfaatkan Kepakaran dan Kekuatan Ekonomi Melalui Kerjasama Antara Koperasi

Manfaatkan Kepakaran dan Kekuatan Ekonomi Melalui Kerjasama Antara Koperasi

‘Integriti dan Permuafakatan Memacu Kecemerlangan Koperasi’ menjadi tema Majlis Apresiasi Koperasi ANGKASA Terengganu pada tahun 2026.

Majlis yang berlangsung di Kuala Terengganu pada 19 Ogos 2026 itu dirasmikan oleh Presiden ANGKASA merangkap Presiden ASEAN Co-operative Organization (ACO), Datuk Seri Dr. Abdul Fattah Abdullah.

Dalam ucapannya, beliau menegaskan bahawa semangat kerjasama antara koperasi sangat perlu dalam memastikan kelestarian koperasi.

Katanya, pemimpin koperasi perlu memanfaatkan kepakaran dan kekuatan ekonomi melalui kerjasama antara koperasi dengan anggotanya.

“Kolaborasi koperasi besar dan kecil juga sangat perlu untuk saling bantu-membantu. Inisiatif tersebut sangat sesuai dengan prinsip dan semangat kerjasama antara koperasi kerana masing-masing mempunyai kelebihan dan kepakaran yang boleh dikongsikan dan mungkin juga selama ini tidak dimanfaatkan secara maksimum”, ujar beliau.

Sementara itu Pengerusi Jawatankuasa ANGKASA Negeri Terengganu, Haji Mohamed Yusoff dalam ucapannya menjelaskan bahawa selain mengiktiraf kejayaan koperasi,  majlis apresiasi itu juga adalah sebagai tanda penghargaan atas kerjasama yang diberikan oleh koperasi terhadap program anjuran ANGKASA Negeri Terengganu.

Menurut beliau, tiga program yang berpaksikan pembangunan sosioekonomi koperasi dijalankan setiap tahun dalam usaha ANGKASA Negeri Terengganu mengeratkan ikatan antara koperasi.

Tiga program tersebut adalah pertandingan petanq yang melibatkan seluruh daerah di Terengganu, Majlis Iftar Koperasi OKU yang dianjurkan sebagai bentuk penghargaan kepada koperasi OKU dan Majlis Apresiasi Koperasi ANGKASA Negeri Terengganu.

Hadir sama ialah barisan Anggota JKAN Terengganu,  Timbalan Pengarah Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) Cawangan Negeri Terengganu mewakili Pengarah SKM Cawangan Negeri Terengganu, Che Wan Suraya Che Ibrahim, Pengarah Institut Koperasi Malaysia (IKMa) Negeri Terengganu, Norhazilina Abdul Halim, Pengarah Pertanian Negeri Terengganu, Dr. Sukati Sakka, Timbalan Pengarah Jabatan Pendidikan Negeri Terengganu, Sektor Pembangunan Murid mewakili Pengarah Jabatan Pendidikan Negeri Terengganu, Haji Mohd Zulkafli Jusoh, Ketua Pegawai Pembangunan Kumpulan ANGKASA, Haji Azam Haji Sulaiman dan Penasihat Korporat ANGKASA (Sektor Kerajaan), Dato’ Dr. Haji Mohd Nasaruddin Othman.

KATEGORI ANUGERAH

ANUGERAH KOPERASI DEWASA HARAPAN NEGERI TERENGGANU 2025

  1. Koperasi Nelayan Negeri Terengganu Berhad
  2. Koperasi Felda Bukit Bading Terengganu (KOBADING) Berhad

ANUGERAH KOPERASI DEWASA CEMERLANG NEGERI TERENGGANU 2025

  1. Koperasi Cobe Pantai Timur Berhad
  2. Koperasi Keluarga Dato’ Haji Hashim Mamat Kuala Terengganu Berhad
  3. Koperasi Permodalan Guru-Guru dan Kakitangan Perkhidmatan Pendidikan Melayu Negeri Terengganu (KOMODAL) Berhad
  4. Koperasi Kakitangan Kerajaan dan Badan-Badan Berkanun Terengganu (KOKANUN) Berhad
  5. Koperasi Kesihatan Terengganu Berhad

ANUGERAH 100 KOPERASI TERBAIK MALAYSIA 2025

  1. Koperasi Warga Pendidikan Terengganu Berhad (21)
  2. Koperasi Peserta-Peserta Felcra Seri Bandi Kemaman Berhad (41)
  3. Koperasi Kakitangan Kerajaan Terengganu (KOKITAB) Berhad (48)
  4. Koperasi Peneroka Felda Kerteh Satu Ketengah Jaya Berhad (60)
  5. Koperasi Pembangunan Daerah Setiu Berhad (98)

ANUGERAH PEROLEHAN TERTINGGI PROGRAM JUALAN RAHMAH MADANI (PJRM) NEGERI TERENGGANU 2025

KATEGORI KOPERASI DEWASA

  1. Koperasi Pesara Kerajaan Kuala Nerus Berhad
  2. Koperasi Pembangunan Daerah Kuala Terengganu Berhad
  3. Koperasi Bekas Kakitangan KETENGAH Terengganu Berhad

KATEGORI KOPERASI SEKOLAH

  1. Koperasi SMK Sultan Ahmad Kuala Terengganu Berhad
  2. Koperasi SMK Padang Midin Kuala Terengganu Berhad
  3. Koperasi SMK Dato’ Razali Ismail Kuala Terengganu Berhad

ANUGERAH PEMENANG KEJOHANAN PETANQUE ANGKASA PERINGKAT NEGERI TERENGGANU 2026

KATEGORI DEWASA LELAKI

  1. Koperasi Kariah Masjid Ibnu Abbas Besut Berhad

KATEGORI DEWASA WANITA

  1. Koperasi Komuniti Bukit Besi Dungun Berhad

KATEGORI SEKOLAH LELAKI

  1. Koperasi SMK Sultan Omar Dungun Berhad

KATEGORI SEKOLAH WANITA

  1. Koperasi SMK Bukit Payung Jertih Berhad

ANUGERAH KOPERASI SEKOLAH HARAPAN NEGERI TERENGGANU 2025

  1. Koperasi SMK Sultan Mansor Kuala Terengganu Berhad
  2. Koperasi MRSM Besut Berhad
  3. Koperasi SMK Dato’ Razali Ismail Kuala Terengganu Berhad
  4. Koperasi SMK Tengku Lela Segara Marang Berhad
  5. Koperasi Kolej Vokasional Dungun Berhad

ANUGERAH KOPERASI SEKOLAH CEMERLANG NEGERI TERENGGANU 2025

  1. Koperasi SM Imtiaz Dungun Berhad
  2. Koperasi SM Imtiaz Besut Berhad
  3. Koperasi SMK Sultan Ahmad Kuala Terengganu Berhad
  4. Koperasi SM Imtiaz Yayasan Terengganu Kuala Terengganu Berhad
  5. Koperasi SMK Agama Sheikh Abdul Malek Kuala Terengganu Berhad

ANUGERAH KOPERASI SEKOLAH PEROLEHAN MELEBIHI RM600,000 NEGERI TERENGGANU 2025

  1. Koperasi MRSM Kuala Terengganu Berhad
  2. Koperasi SMK Tengku Lela Segara Marang Berhad
  3. Koperasi SM Sains Setiu Berhad
  4. Koperasi SM Imtiaz Yayasan Terengganu Kuala Terengganu Berhad
  5. Koperasi SMA (Atas) Sultan Zainal Abidin Terengganu Berhad
  6. Koperasi SM Imtiaz Dungun Berhad

ANUGERAH KOPERASI IPT HARAPAN NEGERI TERENGGANU 2025

  1. Koperasi IKBN Wakaf Tapai (KOKITA) Berhad
  2. Koperasi Mahasiswa Universiti Malaysia Terengganu Berhad

ANUGERAH KOPERASI KARIAH MASJID HARAPAN NEGERI TERENGGANU 2025

  1. Koperasi Kariah Masjid Padang Nenas Kuala Terengganu Berhad
  2. Koperasi Kariah Masjid Kampung Tebakang Marang Berhad

ANUGERAH KOPERASI KOMUNITI HARAPAN NEGERI TERENGGANU 2025

  1. Koperasi Desa Alor Limbat Marang Berhad
  2. Koperasi Kampung Paloh Kuala Terengganu Berhad

ANUGERAH KOPERASI SEKOLAH PEROLEHAN RM1 JUTA 2025

  1. Koperasi MRSM Kota Putra Berhad
  2. Koperasi SM Imtiaz Besut Berhad
  3. Koperasi SMK Sultan Ahmad Kuala Terengganu Berhad

ANUGERAH KHAS PENGHARGAAN ANGKASA

KOPERASI DEWASA 2025

  1. Koperasi Kakitangan Kerajaan Terengganu (KOKITAB) Berhad

KOPERASI SEKOLAH 2025

  1. Koperasi SMK Sultan Ahmad Kuala Terengganu Berhad
ARTIKEL BERKAITAN
- Advertisment -

Terkini

INFOGRAPHICS
Google search engine