Kumpulan ANGKASA yang diketuai Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulannya, Dato’ Haji Abdullah Haji Jusoh telah mengadakan kunjungan hormat kepada Pengarah Jabatan Akauntan Negara Malaysia (JANM) Negeri Kedah, Dr. Ahmad Shukri Abdul Ghani di Pejabat JANM Negeri Kedah, Alor Setar, Kedah pada 23 Ogos 2026.
Sesi kunjungan yang disekalikan dengan perbincangan ringkas itu turut melibatkan Pengurus Besar Bahagian Teknologi Maklumat ANGKASA, Zakaria Lat@Murad, Pengurus Besar Bahagian Pengurusan Strategik ANGKASA, Nazarudin Shah Maaris dan Pengurus Seksyen Pengurusan Projek (APMO) ANGKASA, Mohd Fuad Yahaya manakala JANM Kedah pula diwakili Timbalan Pengarah, Fasyan Rizal Mokhtar dan Ketua Penolong Pengarah, Khairuddin Mohd Ariffin.
Kunjungan tersebut mencerminkan pengukuhan hubungan strategik antara kedua-dua belah pihak selain berbincang mengenai peluang serta penerokaan kerjasama baharu dalam membangunkan koperasi.
Dato’ Haji Abdullah turut mencadangkan siri bengkel _hands-on_ ANGKASA–JANM bagi membantu koperasi mikro, kecil dan dorman memperkemas perakaunan, kewangan serta pematuhan audit.
Beliau juga turut menyatakan sokongan dan komitmen ANGKASA untuk terus membantu dalam memasarkan produk serta perkhidmatan koperasi Kedah yang berpotensi.


