HomeAKTIVITIJom Kunjungi Reruai ANGKASA di MAHA 2026

Jom Kunjungi Reruai ANGKASA di MAHA 2026

Presiden ANGKASA merangkap Presiden ASEAN Co-operative Organization (ACO), Datuk Seri Dr. Abdul Fattah Abdullah berkesempatan mengunjungi reruai ANGKASA sempena Pameran Pertanian, Hortikultur dan Agropelancongan Malaysia (MAHA) 2026 di Taman Ekspo Pertanian Malaysia (MAEPS), Serdang, Selangor pada 29 Ogos 2026.

Dua reruai ANGKASA yang ditempatkan di Pavilion Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (KUSKOP) menampilkan rangkaian produk OEM ANGKASA berjenama Funway, termasuk biskut, sardin, makanan ringan dan bahan masakan.

Selain itu, reruai tersebut turut menampilkan produk coklat berjenama Voshe Ville yang merupakan produk hiliran daripada tanaman koko yang diusahakan oleh koperasi.

Datuk Seri Dr. Abdul Fattah turut meluangkan masa mengunjungi beberapa reruai pameran dan jualan koperasi yang mengambil bahagian dalam MAHA 2026.

MAHA 2026 yang dianjurkan Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan dengan kerjasama agensi pertanian, pemain industri serta pengusaha sektor agro itu berlangsung dari 28 Ogos hingga 6 September 2026 dengan tema “Penciptaan Nilai Demi Keterjaminan Makanan”.

Ekspo pertanian berkenaan dijangka menarik lebih empat juta pengunjung menerusi pelbagai pameran, demonstrasi teknologi pertanian, jualan hasil segar, persembahan budaya dan program agropelancongan, selain menjadi platform kepada petani, penternak, nelayan serta usahawan agro mengetengahkan produk dan perkembangan sektor pertanian negara.

ARTIKEL BERKAITAN
- Advertisment -

Terkini

INFOGRAPHICS
Google search engine