
ANGKASA Negeri Pulau Pinang buat tahun kelima berturut-turut sejak 2022 menyertai perbarisan sempena Sambutan Hari Kebangsaan ke-69 Peringkat Negeri Pulau Pinang pada 31 Ogos 2026.
Seramai 75 peserta daripada kalangan anggota koperasi dan warga kerja ANGKASA Negeri Pulau Pinang mengambil bahagian dalam perbarisan pada tahun ini yang diketuai Pengerusi Jawatankuasa ANGKASA Negeri Pulau Pinang, Dato’ Haji Mohd Jamil bin Othman.
Sambutan Hari Kebangsaan ke-69 Peringkat Negeri Pulau Pinang pada tahun ini berlangsung di Jalan Padang Kota Lama, Georgetown dan diserikan dengan kehadiran Yang Di-Pertua Negeri Pulau Pinang, Tuan Yang Terutama Tun Dato’ Seri Utama Haji Ramli bin Ngah Talib serta isteri, Yang Mulia Toh Puan Raja Dato’ Seri Utama Noora Ashikin binti Raja Abdullah.
Turut hadir ialah Ketua Menteri Pulau Pinang, YAB Chow Kon Yeow, Barisan EXCO Kerajaan Negeri Pulau Pinang dan pimpinan Dewan Undangan Negeri serta ketua-ketua jabatan negeri dan persekutuan.
















