HomeAGENSIANGKASA Negeri Pahang Timur Sertai Perbarisan Hari Kebangsaan Ke-69 Buat Kali Ketiga

ANGKASA Negeri Pahang Timur Sertai Perbarisan Hari Kebangsaan Ke-69 Buat Kali Ketiga

ANGKASA Negeri Pahang Timur menyertai perbarisan sempena Sambutan Hari Kebangsaan ke-69 Peringkat Negeri Pahang pada 31 Ogos 2026, buat tahun ketiga berturut-turut sejak 2024, berlangsung di Padang MBK 4, Kemunting, Kuantan.

Seramai 36 peserta daripada kalangan anggota koperasi dan warga kerja ANGKASA Negeri Pahang Timur mengambil bahagian dalam perbarisan pada tahun ini yang diketuai oleh Pengurus ANGKASA Pahang Timur, Puan Subaizah Baharudin dengan visi mereka “Pemacu Unggul Kelestarian Sosial Ekonomi Rakan Koperasi”.

ANGKASA Negeri Pahang Timur di bawah kategori Kontinjen Berjalan Kaki (Kontinjen Ekonomi dan Swasta) dengan 11 kontinjen, 1 pancaragam dan 353 penyertaan.

Kebawah Duli Paduka Baginda (KPDB) Sultan Pahang Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni Al-Marhum Sultan Haji Ahmad Shah, KPDB Baginda Tengku Ampuan Pahang Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah Binti Almarhum Sultan Iskandar Al-Haj dan Ke bawah Duli Paduka Mulia Tengku Mahkota Pahang Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah Ibni Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah, mencemar duli, hadir pada sambutan tersebut. Hadir sama ialah Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail.

Orang ramai hadir memeriahkan Sambutan Hari Kebangsaan 2026 Peringkat Negeri Pahang sekali gus menyemarakkan semangat patriotisme dan kecintaan terhadap negara bersama-sama. Lebih menarik, pengunjung turut berpeluang memenangi cabutan bertuah berupa sebuah Proton Saga, Perodua Bezza atau motosikal Modenas.

ARTIKEL BERKAITAN
- Advertisment -

Terkini

INFOGRAPHICS
Google search engine