HomeAGENSIANGKASA Anjur Bengkel Pemantapan Pengurusan Mesyuarat dan Penulisan Minit

ANGKASA Anjur Bengkel Pemantapan Pengurusan Mesyuarat dan Penulisan Minit

ANGKASA menganjurkan Bengkel Penambahbaikan Garis Panduan Pengurusan Mesyuarat dan Format Penulisan Minit bertempat di Dewan Dato’ Ali Baharum ‘B’, Wisma Ungku A. Aziz, Petaling Jaya, Selangor pada 17 September 2026.

Bengkel yang bermula pada jam 9.30 pagi itu diadakan bagi menyelaras serta memantapkan tatacara kesetiausahaan dan pengurusan mesyuarat dalam organisasi agar lebih seragam, teratur dan selaras dengan keperluan semasa. Bengkel tersebut diketuai oleh Naib Presiden ANGKASA, Dato’ Haji Ibrahim Haji Abdullah bersama Ketua Pegawai Pengurusan Kumpulan, Haji Anuar bin Bulin.

Menerusi taklimat tersebut, Dato’ Haji Ibrahim menekankan kepentingan ANGKASA sebagai badan apeks gerakan koperasi negara dalam memperkukuh tadbir urus organisasi, selain menggariskan tiga keutamaan strategik, iaitu semakan format sedia ada, peningkatan kualiti penulisan minit yang ringkas dan tepat serta penyelarasan kerangka minit bagi menyokong pengoperasian Sistem Pengurusan Mesyuarat Digital.

Selain itu, peserta turut didedahkan kepada teknik penulisan surat rasmi dan penggunaan ragam bahasa cakap pindah dalam penyediaan minit mesyuarat. Panduan yang dikeluarkan oleh Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM), Institut Tadbiran Awam Negara (INTAN) dan Institut Aminuddin Baki (IAB) turut disarankan sebagai rujukan rasmi organisasi.

Pada masa yang sama, Dato’ Haji Ibrahim turut menzahirkan rasa bangga serta merakamkan ucapan setinggi-tinggi tahniah kepada Presiden ANGKASA, Datuk Seri Dr. Abdul Fattah Abdullah atas kejayaan beliau dipilih sebagai Ahli Lembaga International Cooperative Alliance (ICA) bagi penggal 2026 hingga 2030 pada Perhimpunan Agung ICA 2026 di Panama.

ARTIKEL BERKAITAN
- Advertisment -

Terkini

INFOGRAPHICS
Google search engine