Friday, August 1, 2025
HomeAGENSIACNR2025: ANGKASA Serah Tajaan RM100 Ribu kepada Koperasi LLM

ACNR2025: ANGKASA Serah Tajaan RM100 Ribu kepada Koperasi LLM

ANGKASA menyerahkan tajaan sebanyak RM100,000 kepada Koperasi LLM Berhad bagi menjayakan program ASEAN Cultural Night Run @ Penang 2nd Bridge (ACNR2025) yang bakal berlangsung pada 16 Ogos 2025.

Tajaan tersebut telah disampaikan oleh Presiden ANGKASA, Datuk Seri Dr. Abdul Fattah Abdullah kepada Pengerusi Koperasi LLM Berhad, Dato’ Haji Idrus Mat Tais dan disaksikan oleh Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi (KUSKOP), YB Datuk Ewon Benedick dalam satu majlis ringkas bertempat di pejabat beliau di Putrajaya pada 21 Mei 2025.

Sumbangan tajaan itu adalah sebagai tanda sokongan ANGKASA terhadap penganjuran program berkenaan seiring dengan sambutan Tahun Koperasi Antarabangsa 2025 (IYC2925) dan Kepengerusian ASEAN 2025, selain memenuhi tanggungjawab sosial koperasi dengan menyumbang kepada kesejahteraan komuniti melalui aktiviti sihat.

Program yang bakal menghimpunkan seramai 3,000 peserta termasuk warga koperasi seluruh negara serta negara ASEAN. Antara kategori larian ialah Fun Run 5KM, manakala larian kompetitif 10KM dibahagikan kepada enam kategori iaitu kategori terbuka lelaki dan wanita, kategori lelaki dan wanita veteran serta kategori kanak-kanak (junior) lelaki dan perempuan.

Kategori larian kompetitif 21KM dibahagikan kepada empat kategori iaitu kategori terbuka lelaki dan wanita serta kategori lelaki dan wanita veteran.

Menariknya, ACNR2025 yang diadakan pada waktu malam itu bakal memberikan pengalaman istimewa kepada peserta yang berpeluang menikmati keindahan panorama daripada Jambatan Sultan Abdul Halim Mu’adzam Shah, Pulau Pinang dengan mengenakan pakaian tradisional sebagai tarikan selain mempamerkan kepelbagaian budaya masyarakat Malaysia.

Selain itu, majlis turut menyaksikan komitmen Memorandum Perjanjian (MoA) antara ANGKASA dengan Koperasi LLM Berhad yang akan dimeterai bagi menjayakan kerjasama strategik kedua-dua pihak dalam penganjuran program tersebut.

Hadir sama dalam majlis itu ialah Timbalan Ketua Setiusaha (Pembangunan Usahawan) KUSKOP, Datuk Haji Zamri Salleh, Ketua Pegawai Eksekutif Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM), Datuk Rusli Jaafar, Ketua Pengarah Institut Koperasi Malaysia (IKMa), Datuk Mohd Ali Mansor, Ketua Pegawai Pengurusan Kumpulan ANGKASA, Haji Hasnan Haji Mustapha, Timbalan Ketua Pengarah LLM /Timbalan Pengerusi Koperasi LLM Berhad, Ir. Ts. Dr. Nadzrol Fadzilah Ahmad, Pengarah Rekabentuk LLM/ALK Koperasi LLM Berhad, Encik Khairulanuar Muhari dan Penolong Pengarah Kanan Korporat LLM, Cik Noor Nazatul Sheema Yusof.

Untuk maklumat lanjut mengenai ACNR2025, sila layari Facebook: ANGKASACoop dan Facebook: Cultural Night Run atau laman sesawang rasmi: www.culturalnightrun.com.my

ARTIKEL BERKAITAN
- Advertisment -
Google search engine

Terkini

INFOGRAPHICS
Google search engine