HomeCOOPBIZMTTSB, ADINAS Teroka Kerjasama Strategik Perkukuh CoopUmrah ANGKASA

MTTSB, ADINAS Teroka Kerjasama Strategik Perkukuh CoopUmrah ANGKASA

MyAngkasa Travel & Tours Sdn. Bhd. (MTTSB), anak syarikat milik penuh MyANGKASA Holdings Sdn. Bhd., meneroka potensi kerjasama strategik bersama Adinas Tours & Travel Sdn. Bhd. (ADINAS) dalam usaha memperkukuh pelaksanaan Program CoopUmrah ANGKASA, khususnya melalui pembekalan tiket penerbangan Saudi Arabian Airlines (SAUDIA).

Perkara tersebut dibincangkan dalam satu mesyuarat kerjasama strategik yang berlangsung di Ibu Pejabat ANGKASA, Kelana Jaya pada 24 November 2026. Mesyuarat dipengerusikan oleh Naib Presiden ANGKASA merangkap Pengerusi MTTSB, Dato’ Haji Kamarudin Ismail. Turut sama dalam mesyuarat tersebut ialah Penasihat ANGKASA (Sektor Kerajaan), Dato’ Dr. Haji Nasiruddin Othman dan pengurusan ADINAS yang diketuai oleh Hajah Zakiah.

ADINAS merupakan Ejen Jualan Am (General Sales Agent – GSA) bagi SAUDIA di Malaysia sejak tahun 1995 dan mempunyai pengalaman luas dalam pengurusan tiket penerbangan berkumpulan, khususnya bagi pasaran haji dan umrah. Pengalaman serta kedudukan tersebut membuka ruang kepada MTTSB untuk meneroka sumber pembekalan tiket penerbangan yang lebih kompetitif dan memperkukuh rantaian perniagaannya.

Antara aspek yang diberi perhatian termasuk peluang mendapatkan peruntukan tempat duduk bagi tempahan berkumpulan, khususnya untuk laluan Kuala Lumpur–Jeddah dan Kuala Lumpur–Madinah, selain meneroka kerjasama perniagaan secara Business-to-Business (B2B) yang berpotensi melibatkan koperasi serta agensi pelancongan.

Kerjasama yang dicadangkan turut dilihat berpotensi memperkukuh penawaran pakej umrah MTTSB, di samping membuka peluang pengembangan produk pelancongan lain seperti Umrah Plus, pelancongan Islamik dan pelancongan antarabangsa.

Usaha tersebut mencerminkan komitmen ANGKASA dalam memperluas peluang perniagaan anak syarikatnya melalui jaringan kerjasama industri, sekali gus memperkukuh penglibatan gerakan koperasi dalam sektor umrah dan pelancongan.

Turut hadir ialah Pengerusi Koperasi Perdagangan Perindustrian Malaysia Berhad (KPPMB), Dato’ Haji Mohd Alias Hamzah serta pihak pengurusan MTTSB

ARTIKEL BERKAITAN
- Advertisment -

Terkini

INFOGRAPHICS
Google search engine