ANGKASA menyambut baik cadangan kerjasama yang dikemukakan Persatuan Alumni EDP-COTI/NHI Malaysia-Korea bagi melaksanakan Program CSR Kasih Komuniti, khususnya untuk menyantuni komuniti Projek Perumahan Rakyat (PPR) dan golongan asnaf yang memerlukan. Cadangan tersebut dibincangkan dalam satu pertemuan di Ibu Pejabat ANGKASA, Kelana Jaya pada 23 November 2026.
Pertemuan tersebut dipengerusikan oleh Presiden ANGKASA, Datuk Seri Dr. Abdul Fattah Abdullah dan dihadiri Pengerusi Persatuan Alumni EDP-COTI/NHI Malaysia-Korea, Mahfuza Masri bersama delegasi persatuan.
Turut hadir ialah Penasihat Korporat (Sektor Kerajaan) ANGKASA, Dato’ Dr. Haji Nasiruddin Othman dan Pengurus Besar Bahagian Korporat ANGKASA merangkap Pegawai Khas Presiden ANGKASA serta menanggung tugas Pengurus Besar Kanan Kumpulan Tadbir Urus dan Pentadbiran, Halim Haji Ibrahim.






