Thursday, July 31, 2025
HomeAKTIVITIGelombang Biru Perwakilan Warnai Suasana MAPA 2025 di WTCKL

Gelombang Biru Perwakilan Warnai Suasana MAPA 2025 di WTCKL

Gelombang biru yang dicetuskan oleh para perwakilan telah mewarnai Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (WTCKL) pada 5 Julai 2025 sempena Mesyuarat Agung Perwakilan ANGKASA ke-39 (MAPA 2025) yang berlangsung secara hibrid.

Seramai 4,898 perwakilan berdaftar daripada koperasi anggota ANGKASA seluruh negara telah menghadiri MAPA 2025. Daripada jumlah tersebut, 1,553 orang hadir secara fizikal bertempat di Dewan Merdeka, WCTKL manakala 3,345 lagi menyertainya secara dalam talian.

Mesyuarat tersebut telah dipengerusikan oleh Dato’ (Dr.) Haji Mustafha Abd Razak dan dibantu oleh Datuk Haji Haron Haji Abdullah sebagai Timbalan Pengerusi.

Sebanyak 12 agenda telah dibentangkan antaranya adalah Mengesahkan Minit MAPA ke-38 (MAPA 2024) pada 22 Jun 2024 serta Menimbang Laporan Lembaga ANGKASA dan Laporan Jawatankuasa Audit Dalaman (JAD) ANGKASA dari 1 Januari 2024 hingga 31 Disember 2024.

Mesyuarat turut Menimbang dan Meluluskan Penyata Kewangan ANGKASA dan Subsidiari bagi Tahun Kewangan Berakhir 31 Disember 2024 berserta Laporan Juruaudit Luar dan Pandangan Ketua Pendaftar.

Selain itu, mesyuarat juga telah Menimbang dan Meluluskan Pindaan Anggaran Belanjawan ANGKASA Bagi Tahun Kewangan 2025 dan Anggaran Belanjawan ANGKASA bagi Tahun Kewangan 2026 serta Menimbang dan Meluluskan Cadangan Elaun untuk Anggota Lembaga ANGKASA dan JAD bagi Tahun Kewangan 2026 dan Pindaan bagi Tahun Kewangan 2025.

MAPA 2025 kali ini lebih istimewa apabila berlangsung serentak dengan sambutan Hari Koperasi Antarabangsa (Coopsday) ke-103 yang diraikan pada hari ini bertema ‘Pemacu Penyelesaian Mampan dan Inklusif untuk Kesejahteraan Sejagat’ (Driving Inclusive and Sustainable Solutions for a Better World).

Coopsday disambut setiap Sabtu pertama bulan Julai sejak tahun 1923 dan diiktiraf oleh Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) pada tahun 1995 sebagai usaha meningkatkan kesedaran masyarakat terhadap kepentingan gerakan koperasi.

Hadir sama ialah Ketua Penolong Pengarah Bahagian Penyeliaan dan Tadbir Urus Suruhanjaya Koperasi Malaysia, Puan Zulazlizawani Azazi.

Barisan kepimpinan ANGKASA yang hadir ialah Presiden ANGKASA, Datuk Seri Dr. Abdul Fattah Abdullah, Timbalan Presiden ANGKASA, Dr. Mohd Azlan Yahya, Naib Presiden ANGKASA terdiri daripada Datuk Haji Mohamad Ali Hasan, Dato’ Haji Kamarudin Ismail, Dato’ Haji Che Mohd Shukree Che Isa dan Prof. Madya Dato’ Dr. Haji Abdul Rahman Abdul Razak Shaik serta Anggota Lembaga ANGKASA, Encik Azizul Alias (wakil Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi) dan Encik Ezleezan Othman (wakil Kementerian Kewangan Malaysia).

Turut hadir ialah barisan Jawatankuasa Tadbir Kebangsaan ANGKASA, barisan JAD ANGKASA yang dipengerusikan oleh Dato’ Haji Shaharudin Mohd Sa’ad, barisan Jurucakap Negeri yang terdiri daripada 16 orang, barisan Penasihat Korporat ANGKASA serta barisan Pengurusan Tertinggi ANGKASA yang diketuai Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan ANGKASA, Dato’ Haji Abdullah Haji Jusoh.

ARTIKEL BERKAITAN
- Advertisment -
Google search engine

Terkini

INFOGRAPHICS
Google search engine