Tuesday, March 3, 2026
HomeAKTIVITI750 Peserta Meriahkan Coop Fun Run 2025

750 Peserta Meriahkan Coop Fun Run 2025

Seramai 750 peserta telah menyertai Coop Fun Run 2025 anjuran Jawatankuasa ANGKASA Negeri (JKAN) Wilayah Persekutuan pada 24 Ogos 2025.

Penganjuran tahun ketiga ini diadakan bagi menyemarakkan sambutan Bulan Kemerdekaan Malaysia ke-68 di samping menggalakkan gaya hidup sihat dan mengeratkan silaturrahim dalam kalangan koperator.

Program ini turut mendapat kerjasama Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL), Jabatan Pendidikan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (JPWPKL) dan Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM).

Majlis pelepasan dimulakan dengan simbolik _flag off_ oleh Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Dr. Noraini Ahmad bersama Datuk Bandar Kuala Lumpur, Dato’ Seri Dr. Maimunah Mohd Sharif.

Kehadiran Presiden ANGKASA, Datuk Seri Dr. Abdul Fattah Abdullah menambahkan lagi kemeriahan apabila beliau menyampaikan hadiah cabutan bertuah kepada peserta.

Program larian ini melibatkan empat kategori iaitu Koperasi Dewasa, Koperasi Sekolah, Agensi dan Awam dengan jarak lima serta tujuh kilometer.

Acara ini sekali lagi membuktikan bahawa program berteraskan koperasi bukan sahaja mengukuhkan jaringan komuniti malah mampu menjadi wadah menyemarakkan semangat kebersamaan.

Hadir sama dalam majlis tersebut ialah Timbalan Presiden ANGKASA, Prof. Madya Dato’ Dr. Haji Abdul Rahman Abdul Razak Shaik, Pengerusi JKAN Wilayah Persekutuan, Hajah Sharifah Aminah Syed Mohssain, Pengerusi JKAN Selangor, Dato’ Haji Mohd Alias Hamzah, Pengerusi JKAN Melaka, Haji Zaidan Haji Abd. Hadi, Pengerusi JKAN Perak, Haji Mohamed Shafie Abd Karim, Timbalan Pengarah JPWPKL, Encik Aziz Hashim, Timbalan Pengarah SKM Wilayah Persekutuan, Encik Mohd Fadzli Mat Lahim dan Timbalan Pengarah Institut Koperasi Malaysia (IKMa) Zon Tengah, Puan Rohalinda Ahad.

ARTIKEL BERKAITAN
- Advertisment -
Google search engine

Terkini

INFOGRAPHICS
Google search engine