Tuesday, March 3, 2026
HomeAGENSIANGKASA dan PDRM Perkukuh Kerjasama Menerusi Program Jalinan Mesra Boling

ANGKASA dan PDRM Perkukuh Kerjasama Menerusi Program Jalinan Mesra Boling

Seramai 52 kakitangan daripada Cawangan Perkhidmatan, Jabatan Pengurusan Polis Diraja Malaysia (PDRM) yang mewakili 18 pasukan telah mengambil bahagian dalam Program Jalinan Mesra Boling ANGKASA bersama PDRM yang diadakan di Wangsa Bowl @ One Utama di Petaling Jaya pada 8 Februari 2026.

Program anjuran ANGKASA menerusi Bahagian Perkhidmatan Kredit & Kewangan tersebut telah dirasmikan oleh Naib Presidennya, Dato’ Haji Che Mohd Shukree Che Isa.

Dalam ucapannya, beliau menegaskan penganjuran program berkenaan menjadi platform mengeratkan hubungan strategik antara ANGKASA dan PDRM, khususnya dalam urusan potongan gaji kakitangan.

“Program santai dan berpasukan sebegini turut dilihat sebagai inisiatif memperkukuh semangat setiakawan dalam kalangan kakitangan, selain memberi ruang interaksi tidak formal antara kedua-dua pihak.

Penganjuran seumpama ini dijangka diteruskan pada masa hadapan sebagai sebahagian usaha memperkukuh jaringan kerjasama serta memperkasa peranan ANGKASA dalam menyokong kebajikan warga PDRM,” katanya.

Hadir sama dalam program tersebut ialah Ketua Unit Saraan/ Gaji, Cawangan Perkhidmatan, Jabatan Pengurusan PDRM, Superitendan Abdul Rahim Musa, Pengerusi ANGKASA Negeri Wilayah Persekutuan, Hajah Sharifah Aminah Syed Mohssain, Penasihat Korporat (Sektor Kewangan) ANGKASA, Puan Rihatun Abddah Meor Zainal Abidin dan Pengurus Besar Bahagian Korporat ANGKASA, Encik Halim Haji Ibrahim.

Dalam pertandingan tersebut, pasukan PDRM dari lorong 16 muncul sebagai johan dan membawa pulang hadiah jam tangan pintar. Naib johan pula disandang pasukan dari lorong 1 yang menerima hadiah penyedut hampagas manakala tempat ketiga dimenangi pasukan dari lorong 11 yang membawa pulang pengering rambut.

ARTIKEL BERKAITAN
- Advertisment -
Google search engine

Terkini

INFOGRAPHICS
Google search engine