HomeKOPERASIANGKASA -KOPEM Bincang Potensi Ekonomi Gig dalam Sektor Koperasi

ANGKASA -KOPEM Bincang Potensi Ekonomi Gig dalam Sektor Koperasi

ANGKASA sedia menjalin kerjasama  ekonomi strategik bersama Koperasi Pemandu-Pemandu E-Hailing Malaysia Berhad (KOPEM) dalam memperkasakan ekosistem ekonomi gig melalui platform koperasi.

Menerusinya, kedua-dua belah pihak bersetuju untuk meneroka peluang dan kerjasama yang lebih signifikan terhadap strategi memperluaskan penyertaan koperasi dalam sektor ekonomi tersebut sejajar dengan aspirasi memperkasa sosioekonomi rakyat melalui model koperasi.

Demikian dinyatakan oleh Presiden ANGKASA, Datuk Seri Dr. Abdul Fattah Abdullah sewaktu menerima kunjungan hormat daripada barisan Anggota Lembaga KOPEM di Wisma Ungku A.Aziz, Kelana Jaya pada 1 Julai 2026.

Delegasi KOPEM yang diketuai Pengerusinya, Encik Hasbullah Haji Mohamad Salih turut memberi tumpuan kepada perbincangan bagi meneroka peluang kerjasama yang lebih komprehensif dalam usaha untuk meningkatkan kesejahteraan serta daya saing komuniti pemandu e-hailing dan penggiat ekonomi gig di Malaysia.

ANGKASA turut berkongsi perancangan untuk menubuhkan Koperasi Gig ANGKASA yang terdiri daripada kakitangan ANGKASA yang terlibat dalam ekonomi gig.

Selain itu, ANGKASA turut mencadangkan penubuhan Konsortium Koperasi Ekonomi Gig bagi menghimpunkan koperasi yang terlibat dalam sektor ekonomi tersebut.

Konsortium ini dijangka menjadi platform terbaik untuk memperkukuh ekosistem ekonomi gig, memperluaskan peluang perniagaan, meningkatkan daya saing gerakan koperasi serta menggalakkan kolaborasi yang lebih erat antara koperasi dalam sektor berkenaan.

Hadir sama ialah Naib Presiden ANGKASA, Dato’ Haji Kamarudin Ismail, Penasihat Korporat Sektor Kerajaan ANGKASA, Dato’ Haji Nasaruddin Othman dan Pengurus Besar Bahagian Pembangunan Sumber Manusia ANGKASA, Mejar Ir. Ts. Mohd Ramli Parman (Bersara).

ARTIKEL BERKAITAN
- Advertisment -
Google search engine

Terkini

INFOGRAPHICS
Google search engine