HomeAKTIVITIANGKASA Negeri Kelantan Sertai Perbarisan Ambang Merdeka Peringkat Negeri Kelantan

ANGKASA Negeri Kelantan Sertai Perbarisan Ambang Merdeka Peringkat Negeri Kelantan

ANGKASA Negeri Kelantan menempa sejarah tersendiri apabila buat pertama kalinya dijemput oleh Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK) untuk menyertai perbarisan dalam Sambutan Ambang Merdeka Peringkat Negeri Kelantan 2026.

Acara tersebut bermula pukul 8.00 malam di Stadium Sultan Muhammad IV, Kota Bharu pada 30 Ogos 2026 dengan penyertaan keseluruhan sebanyak 69 kontinjen seiring dengan ulang tahun ke-69 kemerdekaan negara.

Kontinjen ANGKASA Negeri Kelantan telah diketuai oleh Pengerusi Jawatankuasa ANGKASA Negeri (JKAN) Kelantan iaitu Wan Mohamad Zain b. Wan Abdullah.

Penyertaan ANGKASA bukan sahaja menjadi wadah untuk menyemarakkan semangat patriotisme dan kecintaan terhadap negara, malah turut menjadi platform untuk memperkenalkan dan mempromosi ANGKASA serta peranan gerakan koperasi kepada masyarakat umum yang hadir menyaksikan sambutan tersebut.

Kehadiran kontinjen ANGKASA Kelantan secara tidak langsung meningkatkan keterlihatan ANGKASA dalam kalangan masyarakat serta memberi peluang untuk memperkenalkan ANGKASA sebagai sebuah organisasi yang aktif dalam memperkasa dan membangunkan gerakan koperasi di Negeri Kelantan.

Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih diucapkan kepada seluruh kontinjen ANGKASA Kelantan atas komitmen, kerjasama, disiplin dan semangat yang diberikan sepanjang persiapan sehingga selesai penyertaan dalam perbarisan.

Sambutan Ambang Merdeka Peringkat Negeri Kelantan 2026 dihadiri oleh barisan exco dan kepimpinan agensi kerajaan Negeri serta persekutuan yang diketuai Menteri Besar Kelantan, YAB Dato’ Panglima Perang Ustaz Dato’ Mohd Nassuruddin Daud.

Selain acara perbarisan, pelbagai pengisian menarik yang lain turut diadakan seperti Karnival Ambang Merdeka, Solat Hajat dan Doa Selamat Hari Kebangsaan, Malam Munajat Merdeka, Simfoni Pergendangan, persembahan lagu-lagu patriotik, Demonstrasi Tempur Tanpa Senjata ATM,
seni mempertahankan diri dan pertunjukan bunga api.

ARTIKEL BERKAITAN
- Advertisment -

Terkini

INFOGRAPHICS
Google search engine