HomeUncategorizedKepimpinan Koperasi Tinjau Pameran HKN'26

Kepimpinan Koperasi Tinjau Pameran HKN’26

Ketua Setiausaha Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (KUSKOP), Dato’ Sri Khairul Dzaimee Daud, bersama barisan kepimpinan gerakan koperasi telah melawat reruai koperasi dan peniaga di PICCA @ Butterworth Arena hari ini sempena Hari Koperasi Negara 2026 (HKN’26).

Turut menyertai lawatan ialah Pengerusi SKM, Leftenan Jeneral Datuk Ahmad Norihan Jalal (B); Ketua Pengarah Institut Koperasi Malaysia (IKMa), Datuk Mohd Ali Mansor; Ketua Pegawai Eksekutif SKM, Puan Noor Afifah Abdul Razak; Presiden ANGKASA, Datuk Seri Dr. Abdul Fattah Abdullah; Timbalan Presiden ANGKASA, Prof. Madya Dato’ Dr. Haji Abdul Rahman Abdul Razak Shaik; serta Naib Presiden ANGKASA, Dato’ Haji Ibrahim Haji Abdullah.

Lawatan tersebut memberi peluang kepada kepimpinan untuk berinteraksi secara langsung dengan usahawan koperasi dan peniaga, selain meninjau pelbagai produk serta perkhidmatan yang dipamerkan sepanjang penganjuran HKN’26. Program ini mencerminkan komitmen berterusan dalam memperkukuh ekosistem koperasi sebagai pemacu pembangunan sosioekonomi negara.

ARTIKEL BERKAITAN
- Advertisment -
Google search engine

Terkini

INFOGRAPHICS
Google search engine