Thursday, July 31, 2025
HomeAKTIVITIMuzium Koperasi Malaysia ANGKASA Perkenal Pameran Bertema Khas Sempena MAPA

Muzium Koperasi Malaysia ANGKASA Perkenal Pameran Bertema Khas Sempena MAPA

Presden ANGKASA, Datuk Seri Dr. Abdul Fattah Abdullah telah melancarkan ruang Pameran Bertema Khas Mesyuarat Agung Perwakilan ANGKASA (MAPA) di Muzium Koperasi Malaysia ANGKASA, Wisma Ungku A. Aziz, Kelana Jaya pada 1 Julai 2025.

Selain mempamerkan pelbagai artifak berkaitan MAPA termasuk koleksi baju batik ANGKASA sejak tahun 1970-an hingga kini, pameran itu juga berperanan sebagai pusat rujuan bahan informasi berkaitan sejarah MAPA dan dibuka kepada pengunjung khususnya anggota koperasi untuk menghayati sejarah yang menjadi jambatan ilmu dan pengetahuan mengenai gerakan koperasi di Malaysia.

Menurut Datuk Seri Dr. Abdul Fattah, pameran tersebut dapat mengembalikan nostalgia MAPA selain menyingkap sejarah dan menghayati perjuangan serta gagasan oleh barisan kepimpinan koperasi sejak ANGKASA ditubuhkan hingga kini.

“Bagi menarik minat generasi muda, pameran bertema khas secara berkala dan interaktif menggunakan kaedah teknologi visual seperti Argumented Reality (AR) video serta audio turut disediakan bagi mendidik dan memberi pengalaman baharu kepada pengunjung.” ujar beliau.

Pada masa yang sama, warisan sejarah tetap terpelihara dan dokumen asal dan artifak bersejarah turut dipamerkan. Sehingga Mei 2025, Muzium Koperasi Malaysia ANGKASA mempunyai sebanyak 1,024 dokumen dan artifak terpelihara.

Hadir sama pada majlis tersebut ialah Timbalan Presiden ANGKASA, Dr. Mohd Azlan Yahya, barisan Naib Presiden ANGKASA terdiri daripada Datuk Haji Mohamad Ali Hasan, Dato’ Haji Che Mohd Shukree Che Isa dan Prof. Madya Dato’ Dr. Haji Abdul Rahman Abdul Razak Shaik, Pengerusi ANGKASA Negeri Wilayah Persekutuan, Puan Hajah Sharifah Aminah Syed Mohssain, Penasihat Korporat (Sektor Kerajaan) ANGKASA, Datuk Ahmad Jamil Hashim dan Penasihat Korporat (Sektor Koperasi) ANGKASA, Datuk Haji Md. Yusof Haji Samsudin.

ARTIKEL BERKAITAN
- Advertisment -
Google search engine

Terkini

INFOGRAPHICS
Google search engine