Saturday, December 13, 2025
HomeUncategorizedPenyertaan ANGKASA Dalam Perbarisan Hari Kebangsaan Simbol Pengiktirafan Terhadap Usaha Bangunkan Sosioekonomi...

Penyertaan ANGKASA Dalam Perbarisan Hari Kebangsaan Simbol Pengiktirafan Terhadap Usaha Bangunkan Sosioekonomi Rakyat

Penyertaan ANGKASA dalam perbarisan hari kebangsaan sangat penting sebagai simbol pengiktirafan terhadap usahanya dalam membantu kerajaan menjana sosioekonomi rakyat.

Selain itu, menerusi perbarisan juga boleh meningkatkan keterlihatan dan meningkatkan lagi tahap pengetahuan selain menyerlahkan lagi fungsi dan peranan ANGKASA dalam kalangan masyarakat.

Demikian ditegaskan oleh Pengerusi ANGKASA Negeri Pulau Pinang, Dato’ Haji Mohd Jamil Othman.

Menurut beliau, peranan ANGKASA sebagai badan apeks gerakan koperasi negara semakin terserlah dan terbukti apabila kepimpinan ANGKASA Negeri sering dijemput dalam setiap program mahupun perbincangan berkaitan pembangunan sosioekonomi rakyat oleh kerajaan negeri.

Seramai 70 anggota koperasi dan enam warga kerja ANGKASA Negeri mewakili kontinjen ANGKASA Negeri Pulau Pinang dalam ‘Perbarisan dan Perarakan Hari Kebangsaan Ke-68 Peringkat Negeri Pulau Pinang Tahun 2025’ bertempat di Stadium Negeri Batu Kawan, Pulau Pinang pada 31 Ogos 2025 dengan membawa tema ‘ANGKASA Penggerak ke Persada Antarabangsa’.

Katanya lagi, penyertaan tahun ini adalah kali yang keempat disertai oleh ANGKASA Negeri sejak mula mengambil bahagian pada tahun 2022.

Beliau turut menyatakan penghargaan dan terima kasih atas komitmen dan kesungguhan yang diberikan oleh para kontinjen selain optimis untuk terus mengambil bahagian dalam perarakan hari kebangsaan pada tahun akan datang.

Majlis tersebut menerima kehadiran Yang di-Pertua Negeri Pulau Pinang, Tuan Yang Terutama (TYT) Tun Dato’ Seri Utama Haji Ramli bin Ngah Talib dan isteri, Yang Mulia Toh Puan Raja Dato’ Datin Seri Noora Ashikin Binti Raja Abdullah.

Beliau turut diiringi oleh Ketua Menteri Pulau Pinang, YAB Chow Kon Yeow dan isteri, YABhg Puan Tan Lean Kee serta barisan Anggota Kabinet (Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri) Pulau Pinang.

ARTIKEL BERKAITAN
- Advertisment -
Google search engine

Terkini

INFOGRAPHICS
Google search engine