Sunday, May 3, 2026
HomeAGENSI50 Peniaga Sertai NAT Antarabangsa Perlis di Kangar

50 Peniaga Sertai NAT Antarabangsa Perlis di Kangar

ANGKASA menganjurkan program NAT Antarabangsa ANGKASA Perlis 2026 yang bermula pada 1 hingga 3 Mei 2026 di Pasar Terapung Jabatan Pengairan dan Saliran, di Kangar, Perlis.

Program anjuran ANGKASA itu menghimpunkan 50 pempamer koperasi yang menampilkan pelbagai produk dan perkhidmatan termasuk makanan dan minuman, barangan keperluan asas, hasil pertanian serta perkhidmatan inovatif.

Ia diadakan bagi memperkukuh jaringan ekonomi koperasi, komuniti dan usahawan tempatan melalui platform jualan, promosi produk serta padanan perniagaan yang lebih meluas.

Program selama tiga hari itu dijangka menghimpunkan penyertaan koperasi, usahawan mikro, kecil dan sederhana, agensi kerajaan serta pemain industri dari dalam dan luar negara bagi merancakkan aktiviti ekonomi setempat khususnya di negeri Perlis.

Kepelbagaian penyertaan itu mencerminkan keupayaan gerakan koperasi dalam memenuhi keperluan pasaran semasa di samping memperlihatkan potensi besar sektor itu untuk terus berkembang dalam landskap ekonomi negara.

NAT Antarabangsa ANGKASA Perlis 2026 menyediakan ruang komprehensif kepada koperasi untuk memasarkan produk secara terus kepada pengguna, selain membuka peluang jaringan perniagaan antara koperasi serta rakan strategik.

Sebahagian daripada koperasi yang mengambil bahagian adalah Koperasi Kumpulan Halagel Kedah Berhad, Koperasi Komuniti Agro Perak Berhad, Koperasi Keluarga Dato’ Haji Hashim Mamat Kuala Terengganu Berhad, Koperasi Kakitangan PETRONAS Berhad, Koperasi Usahawan Ijtima’l Perlis Berhad, Koperasi Usahawan Groombig Negeri Sembilan Berhad, Koperasi Amanah Insan Manjung Berhad dan Koperasi Wahida HPA Berhad.

ARTIKEL BERKAITAN
- Advertisment -
Google search engine

Terkini

INFOGRAPHICS
Google search engine