Sunday, May 3, 2026
HomeANTARABANGSANAT Antarabangsa ANGKASA Perlis 2026 Tarik Pempamer dari China, Thailand dan Indonesia

NAT Antarabangsa ANGKASA Perlis 2026 Tarik Pempamer dari China, Thailand dan Indonesia

NAT Antarabangsa ANGKASA Perlis 2026 yang berlangsung selama tiga hari bermula 1 Mei 2026 di Pasar Terapung JPS, Kangar, menyaksikan penyertaan pempamer antarabangsa dari China, Thailand dan Indonesia.

Antara pempamer yang terlibat ialah Yi Shi Ru Ge dari China yang menawarkan pakaian Muslim wanita seperti jubah bertatahkan manik.Dari Thailand pula, Happy Rungruangkit Co menawarkan snek ringan termasuk aneka kekacang dan mangga kering, manakala Pramong Farm Group menyediakan pelbagai snek ringan seperti biskut. Sementara itu, NICS Food Co. Ltd. turut menawarkan suplemen diet bersijil halal di samping perkhidmatan rawatan wajah kepada pengunjung.

Bagi penyertaan dari Indonesia, Kopi Karya Maju mengetengahkan produk berasaskan kopi melalui aktiviti penanaman dan pengeluaran kopi. Selain itu, Koperasi Produsen Suku Dalam Sejahtera memberi tumpuan kepada hasil pertanian dan sumber berasaskan komuniti, manakala KUPS Moosoung menghasilkan produk kecantikan semula jadi berasaskan sumber hutan.

Kehadiran pempamer dari luar negara turut membuka peluang pemadanan perniagaan bersama perusahaan kecil dan sederhana (PKS) serta koperasi tempatan yang berminat, sekali gus memperluas jaringan perniagaan rentas sempadan.

Penyertaan pempamer antarabangsa tersebut bukan sahaja memeriahkan penganjuran program, malah membuka ruang kepada jaringan kerjasama, pemindahan pengetahuan serta pertukaran produk antara koperasi tempatan dan luar negara.

ARTIKEL BERKAITAN
- Advertisment -
Google search engine

Terkini

INFOGRAPHICS
Google search engine