Tuesday, April 28, 2026
HomeANTARABANGSAMemperkukuh Jaringan Perdagangan Koperasi Serantau di Xi’an, China

Memperkukuh Jaringan Perdagangan Koperasi Serantau di Xi’an, China

ICA Asia and Pacific Trade & Business Committee Meeting and Asia Pacific Cooperative Market Access Forum 2026 menjadi platform penting dalam memperkukuh jaringan perdagangan koperasi di peringkat antarabangsa, selaras dengan tema memperkasa hubungan perdagangan antara koperasi (Strengthening Cooperative-to-Cooperative Trade Networks) yang bertempat di Sofitel Xi’an on Renmin Square, Xi’an, China pada 26 April 2026.

Atur cara dimulakan dengan Mesyuarat ICA Asia Pacific Trade & Business Committee yang berperanan sebagai wadah strategik menghimpunkan wakil-wakil koperasi serantau dan antarabangsa bagi membincangkan usaha memperluas akses pasaran, memperkukuh jaringan perniagaan serta meningkatkan daya saing koperasi dalam landskap ekonomi global.

Seramai 23 anggota jawatankuasa hadir secara fizikal dalam mesyuarat itu yang dipengerusikan oleh Naib Presiden ICA-AP merangkap Presiden ANGKASA, Datuk Seri Dr. Abdul Fattah dan dibantu Setiausaha jawatankuasa, Hajah Wan Azwati Wan Mohamed.

Presiden ANGKASA merangkap Presiden ASEAN Co-operative Organization (ACO), Datuk Seri Dr. Abdul Fattah Abdullah dalam ucapannya menzahirkan penghargaan kepada pihak tuan rumah, All China Federation of Supply and Marketing Cooperatives (ACFSMC) atas layanan mesra serta penganjuran yang cemerlang dalam memastikan kelancaran program berprestij ini.

Beliau turut menegaskan bahawa kehadiran ahli jawatankuasa daripada pelbagai negara mencerminkan komitmen bersama dalam memperkukuh kerjasama perdagangan koperasi serta membuka peluang baharu dalam memperluas jaringan perniagaan di peringkat global, di samping menggalakkan penyertaan aktif semua ahli dalam perbincangan yang melibatkan perkembangan terkini, keahlian baharu dan perancangan masa hadapan.

Selain itu, mesyuarat ini turut menjadi platform penting dalam menyelaras hala tuju strategik koperasi serantau, khususnya dalam memperkasa akses pasaran dan memperkukuh ekosistem perdagangan koperasi yang mampan, inklusif serta berdaya tahan dalam menghadapi cabaran ekonomi semasa. 

Hadir sama ialah Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan ANGKASA merangkap Jawatankuasa Kerja Perdagangan & Perniagaan ICA-AP, Dato’ Haji Abdullah Haji Jusoh.

Mesyuarat yang bermula pada jam 3.30 petang (waktu China) membentangkan sembilan (9) agenda termasuk Mengesahkan Minit Mesyuarat yang berlangsung di Colombo, Sri Lanka pada 25 November 2025, pembentangkan kemas kini mengenai Trade & Business Platform, Perancangan Aktiviti Bagi Tahun 2026 dan perbincangan mengenai tarikh dan tempat mesyuarat ICA AP yang akan diadakan seterusnya.

Turut hadir ialah All China Federation of Supply and Marketing Cooperatives (ACFSMC), Cooperative League of Thailand (CLT), Federation of Peoples’ Sustainable Development Cooperative (FPSDC), Fiji Ministry of Commerce & Business Development, Uralungal Labour Contract Cooperative Society Ltd (ULCCS), National Agricultural Cooperative Federation (NACF) Korea, Agriculture Cooperative Central Federation Limited (NACCFL) Nepal, Economic & Social Development Centre of Palestine (ESDC), Kalandia Camp Women’s Handicraft Cooperative dan Saigon Union of Trading Co-operatives Vietnam. 

ARTIKEL BERKAITAN
- Advertisment -
Google search engine

Terkini

INFOGRAPHICS
Google search engine