Program Jualan MADANI Koperasi dan Usahawan (JMKU) KUSKOP 2026 yang bertempat di Dewan Terbuka, Taman Tanjung Aman, Butterworth, Pulau Pinang pada 3 Mei 2026 dimeriahkan dengan kehadiran Menteri Pembangunan Usahawan Dan Koperasi YB Encik Steven Sim Chee Keong.
Program tersebut yang dijalankan buat kali kedua bagi peringkat negeri Pulau Pinang itu turut dihadiri oleh Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sungai Puyu, YB Puan Phee Syn Tze, Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM), Puan Siti Azlin Ahmad Dauta, Presiden ANGKASA, Datuk Seri Dr. Abdul Fattah Abdullah dan Pengarah SKM Negeri Pulau Pinang, Puan Hajah Dr. Zainab A. Raman.
Program jualan yang bermula dari pukul 10 pagi hingga tiga petang itu menyajikan pelbagai aktiviti jualan lebih 80.jenis barangan asas dengan potongan harga sehingga 30 peratus selain 11 kaunter perkhidmatan agensi di bawah KUSKOP.
Dalam majlis yang sama, Puan Phee Syn Tze turut menyampaikan Sijil Skim Kesejahteraan Sosial Suri Rumah atau Lindung Kasih PERKESO selain sumbangan caruman sebanyak RM8,000 untuk 70 orang suri rumah bagi DUN Sungai Puyu.
Wakil ANGKASA yang turut hadir dalam perasmian tersebut ialah Pengerusi Jawatankuasa ANGKASA Negeri Pulau Pinang, Dato” Haji Mohd Jamil Othman dan Penasihat Korporat Sektor Korporat ANGKASA, Dato’ Dr. Haji Mohd Nasaruddin Othman.
JKMU merupakan manifestasi berterusan KUSKOP dalam memacu ekonomi MADANI selain mahu memastikan kesejahteraan rakyat dan kelestarian perniagaan tempatan bergerak seiringan dalam menghadapi lanskap ekonomi global yang mencabar.


















