Wednesday, May 13, 2026
HomeAGENSIANGKASA Sumbang Keperluan Harian Kepada JSPT KL Sebagai Tanda Persahabatan

ANGKASA Sumbang Keperluan Harian Kepada JSPT KL Sebagai Tanda Persahabatan

Sebanyak 100 pek barangan keperluan harian disumbangkan ANGKASA kepada anggota Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Kuala Lumpur sebagai tanda penghargaan terhadap komitmen petugas barisan hadapan dalam menjaga keselamatan dan kelancaran lalu lintas di ibu negara.

Sumbangan menerusi Program Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR) Coop Care ANGKASA itu disampaikan dalam satu majlis yang berlangsung di Kuala Lumpur pada 6 Mei 2026.

Sumbangan tersebut disampaikan oleh Presiden ANGKASA, Datuk Seri Dr. Abdul Fattah Abdullah kepada Ketua JSPT Kuala Lumpur, ACP Mohd Zamzuri Mohd Isa yang mewakili pihak jabatan.

Program berkenaan mencerminkan keprihatinan ANGKASA terhadap kebajikan petugas barisan hadapan, di samping memperkukuh hubungan serta semangat kerjasama antara sektor koperasi dan agensi penguatkuasaan.

Sebagai badan apeks gerakan koperasi negara, ANGKASA menaungi lebih 16,000 koperasi di seluruh Malaysia dan memainkan peranan penting dalam memperkasakan pembangunan koperasi serta kebajikan anggotanya.

Dalam konteks tersebut, Koperasi Polis Diraja Malaysia Berhad turut dikenali sebagai antara koperasi besar yang aktif menyediakan pelbagai inisiatif kebajikan kepada ahlinya, khususnya dalam kalangan warga pasukan keselamatan.

ANGKASA berharap inisiatif seumpama itu dapat diteruskan pada masa hadapan sebagai usaha berterusan dalam menyokong kesejahteraan petugas barisan hadapan serta memperkukuh jaringan kerjasama antara agensi dengan sektor koperasi.

Hadir sama pada program tersebut ialah Penasihat Korporat (Sektor Kerajaan) ANGKASA, Dato’ Haji Mohd Nasiruddin Othman, Timbalan Pengerusi Jawatankuasa ANGKASA Negeri (JKAN) Wilayah Persekutuan, Haji M. Nasir Ramli serta Pengurus Besar Bahagian Korporat ANGKASA merangkap Pegawai Khas Presiden ANGKASA, Encik Halim Haji Ibrahim

ARTIKEL BERKAITAN
- Advertisment -
Google search engine

Terkini

INFOGRAPHICS
Google search engine