Saturday, June 27, 2026
HomeAGENSIDato’ Haji Ibrahim Haji Abdullah dan Haji Zaharuddin Alias Dilantik Naib Presiden...

Dato’ Haji Ibrahim Haji Abdullah dan Haji Zaharuddin Alias Dilantik Naib Presiden ANGKASA

Dato’ Haji Ibrahim Haji Abdullah daripada Koperasi Guru Melayu Negeri Sembilan Berhad dan Tuan Haji Zaharuddin Alias yang mewakili Koperasi Pelaburan Kakitangan Bank Muamalat Malaysia Berhad telah menang tanpa bertanding bagi jawatan Naib Presiden ANGKASA dalam satu keputusan semasa Mesyuarat Agung Perwakilan ANGKASA Ke-40 (MAPA 2026) pada 27 Jun 2026.

Pemilihan itu sekali gus menjadi
cerminan kepercayaan perwakilan terhadap kepimpinan dan kewibawaan kedua-dua pemimpin itu untuk bersama-sama kepimpinan tertinggi ANGKASA yang lain untuk terus menerajui ANGKASA.
Proses pemilihan tersebut yang berlangsung secara hibrid di Auditorium ANGKASA, Wisma Ungku A. Aziz, Kelana Jaya telah dibantu oleh firma audit luar Sahir & Co. selain Jawatankuasa Audit Dalaman (JAD) ANGKASA yang diketuai Pengerusinya, Dato’ Haji Shaharudin Mohd Sa’ad.

Tuan Haji Zaharuddin sewaktu ditemubual media Pelancar menyatakan rasa syukur dan berterima kasih kerana diberi kepercayaan untuk bersama-sama menerajui ANGKASA.

Beliau berjanji akan melaksanakan amanah dan visi yang diberikan dengan penuh integriti sebagaimana yang dikehendakki perwakilan dalam memperkukuhkan ANGKASA sebagai sebuah badan apeks.

Sementara itu, Dato’ Haji Ibrahim pula menyatakan bahawa beliau akan terus berpegang kepada tekad untuk sentiasa dedikasi, telus dan berintegriti dalam menjalankan tugas.

MAPA 2026 juga turut menyaksikan pemilihan enam Jawatankuasa Menentusahkan Draf Minit Mesyuarat Agung Perwakilan ANGKASA (MAPA) 2026 iaitu Haji Adnan Awang daripada Koperasi Guru-Guru DTC Malaysia Berhad, Puan Intan Norzira Tormudzi daripada Gabongan Koperasi Sekolah-Sekolah Melaka Berhad, Encik Sharul Baha Abd Rahman daripada Koperasi Usahawan Bersatu Ipoh Perak Berhad, Dr. Abdul Wahab Alias daripada Koperasi Usahawan dan Inovasi Berhad, Encik Ahmad Naqiuddin Mohamad daripada Koperasi Siswa Universiti Teknologi Mara Selangor Berhad dan Hajah Habibah Ja’afar daripada Koperasi Sekolah Menengah Kebangsaan Telemong Berhad

ARTIKEL BERKAITAN
- Advertisment -
Google search engine

Terkini

INFOGRAPHICS
Google search engine