HomeUncategorizedANGKASA Terima Anugerah Ejen Offline Terbaik 2025 (Kategori Emas) Kutipan Zakat Wilayah...

ANGKASA Terima Anugerah Ejen Offline Terbaik 2025 (Kategori Emas) Kutipan Zakat Wilayah Persekutuan

ANGKASA menempa sejarah apabila telah dinobatkan sebagai Ejen Offline Terbaik 2025 (Kategori Emas) dalam satu majlis  Apresiasi Ejen Kutipan Zakat dan Wakaf PPZ-MAIWP 2026 di Kuala Lumpur pada 30 Julai 2026.

Majlis penganugerahan tersebut yang disempurnakan perasmiannya oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), YB Senator Dr. Zulkifli Hasan dianjurkan bagi mengiktiraf sekali gus  meraikan ejen terbaik untuk tahun 2025 atas peranan dan usaha yang telah diberikan.

Pengerusi Jawatankuasa ANGKASA Wilayah Persekutuan, Hajah Sharifah Aminah Syed Mohssain yang mewakili ANGKASA hadir bagi menerima  anugerah tersebut.

Anugerah tersebut  membuktikan tahap kecemerlangan tadbir urus korporat serta  kepercayaan sektor koperasi terhadap ANGKASA sebagai ejen korporat (wakil amil bagi PPZ) yang merekodkan kutipan sepanjang tahun 2025 berjumlah RM 2,011,626.73.

Peranan ANGKASA sebagai ejen korporat PPZ bukan sahaja mempermudahkan sektor koperasi menunaikan kewajipan berzakat, malah terus memperkukuh budaya berzakat dalam kalangan gerakan koperasi demi manfaat dan kesejahteraan ummah.

ARTIKEL BERKAITAN
- Advertisment -
Google search engine

Terkini

INFOGRAPHICS
Google search engine