ANGKASA menempa sejarah apabila telah dinobatkan sebagai Ejen Offline Terbaik 2025 (Kategori Emas) dalam satu majlis Apresiasi Ejen Kutipan Zakat dan Wakaf PPZ-MAIWP 2026 di Kuala Lumpur pada 30 Julai 2026.
Majlis penganugerahan tersebut yang disempurnakan perasmiannya oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), YB Senator Dr. Zulkifli Hasan dianjurkan bagi mengiktiraf sekali gus meraikan ejen terbaik untuk tahun 2025 atas peranan dan usaha yang telah diberikan.
Pengerusi Jawatankuasa ANGKASA Wilayah Persekutuan, Hajah Sharifah Aminah Syed Mohssain yang mewakili ANGKASA hadir bagi menerima anugerah tersebut.
Anugerah tersebut membuktikan tahap kecemerlangan tadbir urus korporat serta kepercayaan sektor koperasi terhadap ANGKASA sebagai ejen korporat (wakil amil bagi PPZ) yang merekodkan kutipan sepanjang tahun 2025 berjumlah RM 2,011,626.73.
Peranan ANGKASA sebagai ejen korporat PPZ bukan sahaja mempermudahkan sektor koperasi menunaikan kewajipan berzakat, malah terus memperkukuh budaya berzakat dalam kalangan gerakan koperasi demi manfaat dan kesejahteraan ummah.




