Satu sesi pertemuan antara ANGKASA dan MAHSA Group bagi membincangkan peluang kerjasama strategik telah berlangsung di Ibu Pejabat ANGKASA, Kelana Jaya pada 17 Ogos 2026.
Pengerusi Eksekutif Kumpulan MAHSA, Tan Sri Datuk Prof. Dr. Hj. Mohamed Haniffa yang mengetuai delegasi MAHSA Group telah mengadakan perbincangan bersama Presiden ANGKASA, Datuk Seri Dr. Abdul Fattah Abdullah.
Pertemuan tersebut turut disertai oleh Penasihat Korporat ANGKASA (Sektor Kerajaan), Dato’ Hj Nasaruddin Othman dan Pengurus Besar Yayasan ANGKASA, Puan Haslinda Hj. Ahmad.
Perbincangan ini memberi tumpuan kepada penerokaan peluang kerjasama strategik antara Yayasan ANGKASA dan MAHSA Group, khususnya dalam bidang pendidikan, pembangunan modal insan serta pelaksanaan inisiatif yang dapat memberi manfaat kepada warga koperasi dan masyarakat.
Kerjasama ini diharap dapat diperkukuh melalui pelbagai program dan inisiatif bersama yang memberi impak positif, sekali gus menyokong usaha memperkasakan pembangunan pendidikan serta modal insan dalam ekosistem gerakan koperasi negara.










