HomeUncategorizedANGKASA Teroka Kerjasama Media Bersama Media Prima Melalui Koperasi Media Prima Berhad

ANGKASA Teroka Kerjasama Media Bersama Media Prima Melalui Koperasi Media Prima Berhad

ANGKASA meneroka peluang kerjasama strategik dalam bidang media bersama Media Prima Berhad menerusi Koperasi Media Prima Berhad bagi memperluas penyampaian maklumat dan meningkatkan kesedaran masyarakat terhadap gerakan koperasi di negara ini.

Perbincangan yang berlangsung di ANGKASA, Kelana Jaya, hari ini (2 Oktober 2026), turut memberi tumpuan kepada usaha memperkukuh promosi produk dan perkhidmatan koperasi menerusi platform media yang mempunyai capaian luas.

Naib Presiden ANGKASA, Haji Zaharuddin Alias berkata, kerjasama dengan pihak media amat penting bagi memastikan kesedaran mengenai koperasi dapat disebarluaskan kepada masyarakat, sekali gus memperkukuh peranan sektor koperasi sebagai salah satu pemacu pembangunan ekonomi negara.

Menurut beliau, gerakan koperasi masih memerlukan sokongan dan kerjasama aktif daripada media bagi memastikan produk dan perkhidmatan koperasi dapat dikenali serta diterima secara lebih meluas oleh masyarakat.

“Pada masa yang sama, kesedaran mengenai koperasi sebagai salah satu pilihan model perniagaan selain penubuhan syarikat juga perlu terus diterapkan dalam kalangan masyarakat,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika mengadakan perbincangan bersama wakil pengurusan Media Prima dan Koperasi Media Prima Berhad. Turut hadir, Pengurus Besar Media Prima, Puan Hayati Idris dan Pengerusi Koperasi Media Prima Berhad, Encik Mohd Fadzil Abdul Ghani.

Menurut Haji Zaharuddin, Media Prima mempunyai pelbagai platform yang berpotensi dimanfaatkan bagi memperkenalkan produk dan perkhidmatan koperasi kepada khalayak yang lebih luas, termasuk menerusi platform penyiaran serta penganjuran program dan karnival seperti Jom Heboh.

ARTIKEL BERKAITAN
- Advertisment -

Terkini

INFOGRAPHICS
Google search engine