Thursday, June 19, 2025
HomeANTARABANGSAANGKASA - Cooperative Restructuring Dept., NACF Kongsi Ilmu dan Kepakaran dalam Sektor...

ANGKASA – Cooperative Restructuring Dept., NACF Kongsi Ilmu dan Kepakaran dalam Sektor Pertanian dan Penternakan

ANGKASA telah menerima kunjungan seramai 10 delegasi Cooperative Restructuring Dept., National Agricultural Cooperatives Federation (NACF) pada 11 Jun 2025.

Kunjungan mereka yang terdiri daripada kumpulan pengurusan tertinggi Ibu Pejabat Pusat dan Ibu Pejabat Wilayah serta anggota koperasi NACF itu diketuai oleh Timbalan Pengurus Besar Cooperative Restructuring Dept., Mr. Kim Jeong-Dae dan dibantu penterjemah, Ms. Park Ji Young.

Objektif siri lawatan delegasi ke ANGKASA itu antara lain adalah bertujuan meneliti kes-kes penanda aras penambahbaikan struktur koperasi di luar negara, pemerkasaan semula pertanian wilayah serta mempelajari kaedah terbaik dalam membangunkan koperasi pertanian dan ternakan.

Di samping itu, mereka juga berhasrat untuk berkongsi ilmu dan kepakaran pada masa akan datang khususnya dalam amalan tadbir urus baik ANGKASA.

Kehadiran mereka seawal jam 9.30 pagi ke Ibu Pejabat ANGKASA, Kelana Jaya, Selangor telah disambut mesra oleh Naib Presiden ANGKASA merangkap Ahli Lembaga Eksekutif International Cooperatives Agriculture Organisation (ICAO), Dato’ Haji Kamarudin Ismail mewakili Presiden ANGKASA.

Hadir sama ialah Naib-Naib Presiden ANGKASA iaitu Datuk Haji Mohamad Ali Hasan dan Prof. Madya Dato’ Dr. Abdul Rahman Abdul Razak Shaik.

Dato’ Haji Kamarudin yang juga Ahli Lembaga International Cooperatives Alliance (ICA) berpeluang memberikan penerangan mengenai perkembangan sektor koperasi pertanian dan penternakan di Malaysia serta usaha ANGKASA dalam memajukan industri koko, cendawan tiram dan ekosistem penternakan ayam.

Turut hadir dalam program tersebut ialah Pengurus Besar Kanan Kumpulan Pembangunan Koperasi ANGKASA, Haji Nor Azmi Abd. Jalil, Pengurus Besar Bahagian Pertanian Asas Tani dan Perladangan ANGKASA, Encik Muhammad Zuhid Jamaludin dan Pengurus Besar Bahagian Antarabangsa ANGKASA, Dr. Noraini Mohamad.

NACF merupakan koperasi keempat terbesar di dunia yang mewakili sejumlah 2.04 juta petani dan dengan sejumlah 1,111 buah koperasi pertanian/ternakan di Korea. NACF mengendalikan perniagaan pemasaran pertanian dan kewangan melalui dua syarikat induk dan 28 buah subsidiari.

ARTIKEL BERKAITAN
- Advertisment -
Google search engine

Terkini

INFOGRAPHICS
Google search engine