Tuesday, March 3, 2026
HomeUncategorizedMalaysia Tuan Rumah ICC 2025, Fokus Kepimpinan Belia Koperasi

Malaysia Tuan Rumah ICC 2025, Fokus Kepimpinan Belia Koperasi

Malaysia terus memperkukuh peranannya dalam gerakan koperasi global melalui peranannya selaku pengerusi ASEAN sekali gus menjadikan ICC 2025 sebagai platform penting dalam memacu agenda koperasi di peringkat serantau dan global.

Demikian dinyatakan oleh Ahli Parlimen Puncak Borneo, YB Datuk Willie Mongin, yang mewakili Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi (KUSKOP) sewaktu berucap merasmikan pembukaan rasmi International Cooperative Conference (ICC 2025) dalam satu majlis yang berlangsung di Hotel Tenera, Bandar Baru Bangi, Selangor pada hari ini, 30 September 2025.

Persidangan anjuran Institut Koperasi Malaysia (IKMa) ini diadakan bersempena sambutan Tahun Koperasi Antarabangsa (International Year of Cooperatives – IYC 2025) serta selari dengan kepengerusian

Bertemakan “Belia untuk Masa Depan Koperasi”, ICC 2025 memberi tumpuan kepada pemerkasaan peranan generasi muda dalam memacu pembangunan koperasi yang mampan, inovatif dan berimpak tinggi.

Datuk Willie Mongin menekankan bahawa gerakan koperasi harus mengutamakan keterlibatan belia sebagai pemimpin masa depan, seiring dengan keperluan dunia yang semakin kompleks dan berorientasikan teknologi.

“Koperasi harus menjadi ruang kepada belia untuk mencipta masa depan mereka dan bukan sekadar sebagai peserta, tetapi sebagai pencipta dasar, pencetus inovasi dan pemimpin global,” tegas beliau.

ICC 2025 menghimpunkan delegasi dari lebih 10 negara termasuk Brunei, Thailand, Jepun, Indonesia, Jordan, Korea, India, Nepal, Filipina, Arab Saudi dan Timor Leste. Para peserta terdiri daripada pemimpin koperasi, usahawan muda, dan penyelidik yang akan berkongsi pandangan serta membincangkan isu-isu semasa berkaitan koperasi, kepimpinan belia, inovasi dan pembangunan mampan.

Persidangan itu juga turut memperkukuh komitmen bersama terhadap Matlamat Pembangunan Mampan (SDG) dan prinsip Alam Sekitar, Sosial dan Tadbir Urus (ESG), yang kini menjadi keutamaan dalam pembangunan ekonomi global.

Program turut merangkumi forum antarabangsa, sesi dialog, pameran dan jaringan kerjasama rentas negara, menjadikan Malaysia sebagai pusat rujukan utama dalam usaha memperkasa peranan koperasi di persada dunia.

Hadir sama ialah Ketua Pengarah IKMa, Datuk Mohd Ali Mansor, Setiausaha Bahagian, Bahagian Pembangunan Koperasi, Penjaja dan Peniaga Kecil, KUSKOP yang juga merupakan Anggota Lembaga ANGKASA, Encik Azizul Alias, Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM), Encik Azam Sulaiman dan Naib Presiden ANGKASA, Dato’ Haji Che Mohd Shukree Che Isa.

ARTIKEL BERKAITAN
- Advertisment -
Google search engine

Terkini

INFOGRAPHICS
Google search engine