Wednesday, May 13, 2026
HomeANTARABANGSAACO Sertai Forum Entiti Bersekutu ASEAN di Jakarta

ACO Sertai Forum Entiti Bersekutu ASEAN di Jakarta

Oleh: Muhammad Firdaus Borhan

Gerakan koperasi Asia Tenggara melakar satu lagi sejarah apabila ASEAN Co-operative Organization (ACO) secara rasmi menyertai Forum Entiti Bersekutu ASEAN Ke-10 di Ibu Pejabat ASEAN, Jakarta, Indonesia pada 12 Mei 2026.

Penyertaan sulung tersebut susulan kejayaan ACO memperoleh akreditasi rasmi sebagai ASEAN Associate pada 2 April 2026.

Pengiktirafan berprestij sebagai Civil Society Organization (CSO) di bawah tunjang Sosio-Budaya itu meletakkan suara lebih 66.6 juta anggota koperasi sebaris dengan entiti strategik lain di peringkat serantau.

Setiausaha Agung ACO merangkap Naib Presiden ANGKASA, Dato’ Haji Kamarudin Ismail, berkata pengiktirafan tersebut menjadi pemangkin penting kepada gerakan koperasi untuk terlibat secara lebih langsung dalam merealisasikan Visi Komuniti ASEAN 2045.

Menurut beliau, penglibatan ACO bukan sekadar memenuhi keperluan protokol, sebaliknya melambangkan pengiktirafan terhadap sumbangan ekonomi koperasi yang kini dianggarkan mencecah lima peratus daripada keseluruhan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) ASEAN atau bernilai AS$175 bilion.

Terdahulu, beliau mengadakan pertemuan dua hala bersama Setiausaha Agung ASEAN, TYT Dr. Kao Kim Hourn bagi menyampaikan cenderamata penghargaan khas sempena pencapaian akreditasi tersebut.

Langkah itu dilihat sebagai isyarat jelas kesediaan ACO untuk menjadi rakan strategik kepada Sekretariat ASEAN dalam memacu agenda ekonomi rakyat menerusi gerakan koperasi yang lebih mampan.

Turut mengiringi beliau dalam sesi tersebut ialah Pengurus Besar Kanan Kumpulan Hubungan Strategik ANGKASA, Dr. Hajah Salmah Ishak yang juga Ahli Majlis Kerja ACO.

Melalui status baharu itu, ACO kini mempunyai akses terus kepada mekanisme pendanaan dan tabung amanah ASEAN bagi melaksanakan projek berimpak tinggi termasuk inisiatif Koridor Halal serta pemerkasaan digitalisasi koperasi di seluruh rantau ASEAN.

ARTIKEL BERKAITAN
- Advertisment -
Google search engine

Terkini

INFOGRAPHICS
Google search engine