HomeANTARABANGSADELEGASI ANGKASA MULAKAN AGENDA ICA GLOBAL CONFERENCE AND GENERAL ASSEMBLIES 2026 DI...

DELEGASI ANGKASA MULAKAN AGENDA ICA GLOBAL CONFERENCE AND GENERAL ASSEMBLIES 2026 DI PANAMA

International Cooperative Alliance (ICA) Global Conference and General Assemblies 2026 yang berlangsung di Panama Convention Centre dari 13 hingga 18 September 2026 membuka tirai dengan sesi pendaftaran delegasi melibatkan wakil dari 80 buah negara pada hari ini (13 September 2026).

Presiden Angkatan Koperasi Kebangsaan Malaysia Berhad (ANGKASA), Datuk Seri Dr. Abdul Fattah Abdullah turut berkesempatan bertemu dan beramah mesra dengan beberapa pemimpin koperasi antarabangsa termasuk Kenya, India, Thailand dan Turki semasa pendaftaran delegasi Malaysia.

Pada masa yang sama, Naib Presiden ANGKASA merangkap Ahli Lembaga Ikatan Koperasi Antarabangsa (ICA), Dato’ Haji Kamarudin Ismail menghadiri pertemuan Jawatankuasa Pemilihan ICA yang diadakan bersempena persidangan tersebut.

Pertemuan berkenaan turut melibatkan lawatan tapak serta perbincangan mengenai persediaan dan tatacara proses pemilihan bagi memastikan pilihan raya ICA dilaksanakan secara telus, berintegriti dan teratur, selaras dengan prinsip tadbir urus ICA. Jawatankuasa Pemilihan ICA dipengerusikan oleh Ketua Pegawai Eksekutif Confederation of Co-operative Housing (CCH), Blase Lambert.

Proses pemilihan akan berlangsung semasa Perhimpunan Agung ICA pada 15 September 2026 yang akan menyaksikan pemilihan 15 Ahli Lembaga untuk menganggotai barisan kepimpinan ICA.

Penglibatan ANGKASA dalam Jawatankuasa Pemilihan ICA mencerminkan peranan aktif gerakan koperasi Malaysia dalam struktur tadbir urus, proses demokrasi dan kepimpinan gerakan koperasi di peringkat antarabangsa.

Turut hadir Naib Presiden ANGKASA, Datuk Haji Mohamad Ali Hasan dan Pengurus Besar Bahagian Korporat ANGKASA Merangkap Pegawai Khas Presiden ANGKASA (Menanggung Tugas Jawatan Pengurus Besar Kanan, Kumpulan Tadbir Urus Dan Pentadbiran), Halim Haji Ibrahim.

𝐋𝐢𝐤𝐞, 𝐟𝐨𝐥𝐥𝐨𝐰 & 𝐬𝐡𝐚𝐫𝐞:
𝐅𝐁: @𝐀𝐍𝐆𝐊𝐀𝐒𝐀𝐂𝐨𝐨𝐩
𝐗 (𝐓𝐰𝐢𝐭𝐭𝐞𝐫): @𝐀𝐍𝐆𝐊𝐀𝐒𝐀𝐂𝐨𝐨𝐩
𝐘𝐨𝐮𝐓𝐮𝐛𝐞: 𝐀𝐍𝐆𝐊𝐀𝐒𝐀𝐂𝐨𝐨𝐩
𝐓𝐢𝐤𝐓𝐨𝐤: @𝐚𝐧𝐠𝐤𝐚𝐬𝐚𝐜𝐨𝐨𝐩
𝐋𝐢𝐧𝐤𝐞𝐝𝐢𝐧: @𝐚𝐧𝐠𝐤𝐚𝐬𝐚𝐜𝐨𝐨𝐩
𝐰𝐰𝐰.𝐚𝐧𝐠𝐤𝐚𝐬𝐚.𝐜𝐨𝐨𝐩
𝐰𝐰𝐰.𝐬𝐞𝐣𝐮𝐭𝐚𝐩𝐨𝐤𝐨𝐤.𝐜𝐨𝐨𝐩

𝐀𝐍𝐆𝐊𝐀𝐒𝐀 #𝐂𝐨𝐨𝐩 #𝐊𝐢𝐭𝐚𝐊𝐨𝐩𝐞𝐫𝐚𝐬𝐢 #𝐖𝐞𝐀𝐫𝐞𝐂𝐨𝐨𝐩𝐬

𝐒𝐞𝐣𝐮𝐭𝐚𝐏𝐨𝐤𝐨𝐤𝐂𝐨𝐨𝐩 #𝐂𝐨𝐨𝐩𝐂𝐚𝐫𝐞

𝐂𝐨𝐨𝐩𝐞𝐫𝐚𝐭𝐢𝐯𝐞𝐬𝐁𝐮𝐢𝐥𝐝𝐀𝐁𝐞𝐭𝐭𝐞𝐫𝐖𝐨𝐫𝐥𝐝

ICAPANAMA2026 #BuildingBridges

ARTIKEL BERKAITAN
- Advertisment -

Terkini

INFOGRAPHICS
Google search engine