Satu sesi perbincangan di antara Myangkasa Dialisis Sdn. Bhd. (MDSB) dengan Majlis Agama Islam Negeri Johor (MAINJ) telah berlangsung di Bangunan Wakaf MAINJ di Batu Pahat, Johor pada 24 Julai 2026.
MDSB diwakili Presiden ANGKASA, Datuk Seri Dr. Abdul Fattah Abdullah manakala wakil MAINJ pula diketuai oleh Ketua Pegawai Eksekutiifnya iaitu Dato’ Haji Mohd Radzi Haji Mohd Amin.
Turut sama dalam sesi perbincangan tersebut ialah dua Ahli Majlis MAINJ iaitu Dato’ Dr. Aman Rabu dan Haji Lokman Abu Bakar, Pengerusi Jawatankuasa ANGKASA Negeri Johor, Haji Sazali Abd. Hamid,
Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan ANGKASA, Dato’ Haji Abdullah Haji Jusoh, Pegawai Bahagian Undang-Undang ANGKASA, Rizal Kamarulzaman
dan Pengurus Besar MDSB, Afrizal Ahmad.
Perbincangan menjurus kepada cadangan kolaborasi secara joint management committee (JMC) antara kedua belah pihak selain membincangkan tentang status perjanjian sewaan bangunan wakaf itu bagi kelangsungan operasi pusat dialisis.
MDSB yang beroperasi di Bangunan Wakaf MAINJ di Jalan Tanah Merah, Mukim Simpang Kanan, Batu Pahat dilengkapi sebanyak 37 buah mesin hemodialisis dan diuruskan oleh 27 kakitangan terlatih. Seramai 140 pesakit kini sedang menjalani rawatan secara berkala di pusat tersebut.













