HomeAKTIVITIProgram Infaq Kasih Perdana 2026 - Padat Agenda Menarik

Program Infaq Kasih Perdana 2026 – Padat Agenda Menarik

Yayasan Infaq ANGKASA (YIA) dengan kerjasama Koperasi Kariah Masjid Saujana Utama (COOPMSU) telah menganjurkan Program Infaq Kasih Perdana 2026 bertempat di Masjid Saujana Utama, Bandar Saujana Utama, Sungai Buloh, Selangor pada16 September 2026.

Program tersebut yang bersekali dengan Perarakan Maulidur Rasul dan Sambutan Hari Malaysia 2026 turut diisi dengan pelbagai agenda menarik seperti persembahan Maulid dan Qasidah, reruai perkhidmatan dan jualan, Berendoi serta Tahnik bagi peserta Akikah Kasih.

Majlis turut diserikan dengan Kuliah Dhuha bertajuk Infaq , Sadaqah, Waqaf & Hibah – Kebaikan Dunia dan Akhirat yang disampaikan oleh Pengerusi Lembaga Pemegang Amanah YIA, YB Dato’ (Dr) Haji Nooh Gadot.

Hadir sama ialah Ahli Lembaga Pemegang Amanah YIA merangkap Timbalan Presiden ANGKASA, Prof. Madya Dato’ Dr. Haji Abdul Rahman Abdul Razak Shaik, Naib Presiden ANGKASA, Dato’ Haji Ibrahim Haji Abdullah, Ketua Pegawai Eksekutif YIA, Dr. Mohd Azlan Yahya, Pengerusi Jawatankuasa ANGKASA Negeri (JKAN) Pulau Pinang, Dato’ Mohd Jamil Othman, Pengerusi JKAN Perak, Haji Mohamed Shafie Abd. Karim, Timbalan Pengerusi JKAN Selangor, Datin Hajah Nor Faridah A. Bakar dan Pengerusi Koperasi Kariah Masjid Saujana Utama, Haji Hasnan Haji Mustapha.

ARTIKEL BERKAITAN
- Advertisment -

Terkini

INFOGRAPHICS
Google search engine