Sempena Sambutan 80 Tahun Jabatan Akauntan Negara Malaysia (AGD), satu program menarik telah dianjurkan iaitu Fun Treasure Hunt AGD 2026 bertempat di Taman Wawasan, Putrajaya pada 17 Oktober 2026.
Seramai 360 peserta mewakili 72 buah pasukan menyertai program tersebut yang dirasmikan oleh Akauntan Negara Malaysia, Haji Nasran Omar.
Peserta ANGKASA pula diketuai oleh Naib-naib Presiden ANGKASA iaitu Dato’ Haji Kamarudin Ismail dan Haji Zaharuddin Alias. Turut sama menyertai program berkenaan ialah Pengerusi Jawatankuasa ANGKASA (JKAN) Wilayah Persekutuan, Hajah Sharifah Aminah Syed Mohssain dan Penasihat Korporat (Sektor Kewangan) ANGKASA, Puan Rihatun Abddah Meor Zainal Abidin.










Penyertaan ANGKASA dalam program seumpama itu mencerminkan komitmen berterusan ANGKASA dalam memperkukuh hubungan strategik dengan agensi kerajaan khususnya AGD, selain membuka ruang kepada interaksi dan kerjasama yang lebih erat antara warga organisasi.
Program berkonsepkan aktiviti santai dan rekreasi itu bukan sahaja memberikan pengalaman menyeronokkan kepada peserta, malah dapat memupuk semangat berpasukan, mengeratkan silaturrahim serta meningkatkan hubungan antara peserta khususnya warga AGD dan ANGKASA.
Selain memeriahkan Sambutan 80 Tahun AGD, program ini juga dapat menyediakan platform untuk warga jabatan, keluarga dan rakan strategik meluangkan masa bersama dalam suasana harmoni dan penuh kemesraan. Peserta juga berpeluang memenangi hadiah wang tunai serta pelbagai hadiah cabutan bertuah yang disediakan oleh pihak penganjur.


