HomeKOPERASISejauh Mana Koperasi Berkembang Sebagai Pemain Ekonomi Berskala Besar

Sejauh Mana Koperasi Berkembang Sebagai Pemain Ekonomi Berskala Besar

Siri webinar Kepimpinan Koperasi anjuran Pusat Kecemerlangan ANGKASA telah berlangsung pada 5 November 2026 dengan membawa tajuk Penskalaan Koperasi: Bagaimana Koperasi Boleh Menjadi Pemain Ekonomi Berskala Besar?

Selepas sekian lama gerakan koperasi menyumbang kepada pembangunan
ekonomi anggota dan masyarakat, webinar kali ini mengupas persoalan sejauh manakah koperasi telah berkembang menjadi organisasi perniagaan yang benar-benar berdaya saing, berpengaruh dan mampu memainkan peranan lebih besar dalam ekonomi negara.

Antara lainnya, bagaimana kekuatan tersebut boleh diterjemahkan kepada
pertumbuhan perniagaan yang lebih besar, produktiviti yang lebih tinggi dan
nilai ekonomi yang lebih signifikan.

Tiga ahli panel yang mewakili perspektif dasar kerajaan, kawal selia dan pembangunan koperasi serta kepimpinan gerakan koperasi telah dijemput iaitu Setiausaha Bahagian, Bahagian Pembangunan Koperasi, Penjaja dan Penjaja Kecil, Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (KUSKOP), Tuan Haji Azizul Alias; Ketua Pegawai Eksekutif Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM), Tuan Haji Mohd Marzuki bin Yasoa’ dan Timbalan Presiden ANGKASA, Prof. Madya Dato’ Dr. Haji Abdul Rahman Abdul Razak Shaik manakala Moderator yang mengendalikan webinar tersebut ialah Prof. Dr. Haji Mansor Ahmad yang juga merupakan Pengerusi Jawatankuasa ANGKASA Negeri Selangor.

Enam persoalan telah dikemukakan kepada semua ahli panel iaitu memahami makna penskalaan koperasi, mengapa koperasi sukar mencapai skala besar?, strategi pertumbuhan dan pembinaan model perniagaan, membina KEUPAYAAN kewangan untuk berkembang, kerjasama strategik sebagai pemacu penskalaan Dan kepimpinan Tadbir Urus dan Transformasi organisasi.

Webinar ini diharap dapat membuka perspektif baharu tentang bagaimana koperasi boleh berkembang daripada organisasi yang mempunyai
potensi kepada organisasi yang mempunyai skala, pengaruh dan keupayaan ekonomi yang lebih besar.

ARTIKEL BERKAITAN
- Advertisment -

Terkini

INFOGRAPHICS
Google search engine