HomeAGENSIANGKASA Perkukuh Kerjasama Strategik Bersama Pejabat Perdana Menteri Demi Memacu Agenda Ekonomi...

ANGKASA Perkukuh Kerjasama Strategik Bersama Pejabat Perdana Menteri Demi Memacu Agenda Ekonomi Koperasi

ANGKASA telah mengadakan satu sesi perbincangan strategik bersama Pengarah Kanan Ekonomi dan Kewangan, Pejabat Perdana Menteri, Encik Nurhisham Hussein di Ibu Pejabat ANGKASA, Kelana Jaya pada 28 Julai 2026.

Pertemuan tersebut dipengerusikan oleh Presiden ANGKASA, Datuk Seri Dr. Abdul Fattah Abdullah bagi membincangkan usaha memperkukuh peranan gerakan koperasi sebagai pemangkin pembangunan sosioekonomi negara.

Sesi perbincangan turut memberi fokus kepada potensi kerjasama strategik antara ANGKASA dan Pejabat Perdana Menteri dalam memperkasakan agenda ekonomi koperasi, memperluaskan impak kepada komuniti serta menyokong aspirasi pembangunan negara melalui model perniagaan koperasi yang mampan.

Pertemuan ini juga mencerminkan komitmen berterusan ANGKASA dalam menjalin hubungan strategik dengan pelbagai pihak berkepentingan demi memacu kemajuan gerakan koperasi Malaysia.

Hadir sama dalam majlis tersebut ialah Wakil Kementerian Kewangan, Encik Ezleezan Othman, Pengarah Bahagian Hal Ehwal Ekonomi Pejabat Perdana Menteri, Encik Abu Zeid Mohd Arif, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan ANGKASA, Dato’ Haji Abdullah Haji Jusoh, Pengurus Besar Kanan Kumpulan Kewangan Korporat ANGKASA, Encik Hamzah Haji Ibrahim, Penasihat Korporat (Sektor Koperasi) ANGKASA, Datuk Haji Md. Yusof Haji Samsudin, Penasihat Khas MyANGKASA Holdings Sdn Bhd (MHSB), Encik S. Ahlaimuniandy, Ketua Pegawai Eksekutif MyISCO Sdn. Bhd, Encik Junaidi J. Nordin, Pengarah Eksekutif MyAngkasa Digital Services Sdn. Bhd. (MDS), Encik Muhammad Hudhaifa Ahmad serta Pegawai Khas Bahagian Hal Ehwal Ekonomi Pejabat Perdana Menteri, Puan Malahayati Abdullah.

ARTIKEL BERKAITAN
- Advertisment -
Google search engine

Terkini

INFOGRAPHICS
Google search engine