HomeAKTIVITIANGKASA Raih Pengiktirafan BBEA 2026

ANGKASA Raih Pengiktirafan BBEA 2026

Sumbangan dan pencapaian cemerlang ANGKASA dalam pembangunan gerakan koperasi serta pemerkasaan ekonomi diiktiraf menerusi penerimaan anugerah Business Excellence in Cooperative Development & Economic Empowerment (Kecemerlangan Perniagaan dalam Pembangunan Koperasi dan Pemerkasaan Ekonomi) pada Anugerah Kecemerlangan Perniagaan Bumiputera (BBEA) 2026.

Anugerah tersebut disampaikan oleh Timbalan Menteri Ekonomi, YB Dato’ Indera Mohd Shahar Abdullah kepada Presiden ANGKASA, Datuk Seri Dr. Abdul Fattah Abdullah dalam satu majlis yang berlangsung di Kuala Lumpur pada 26 November 2026. Turut hadir ialah Pengerusi BBEA 2026, Tan Sri Dato’ Seri Syed Mohd Yusof Tun Dato’ Syed Nasir.

Dalam ucapannya, YB Dato’ Indera Mohd Shahar berkata BBEA 2026 berupaya mengangkat kecemerlangan perniagaan bukan sahaja dari aspek prestasi sesebuah perniagaan, malah sektor yang sentiasa menjadi perhatian kerajaan. Beliau turut menyifatkan perniagaan berinfrastruktur sebagai contoh kepada masyarakat serta penanda aras dan inspirasi kepada usahawan lain.

“Kita sedia maklum bahawa landskap ekonomi global pada hari ini semakin mencabar, dipengaruhi ketegangan politik, ketidaktentuan perdagangan, perkembangan teknologi, kekangan kos serta perubahan corak pelaburan dan pasaran kerja. Keadaan ini pastinya memberi kesan kepada perniagaan tempatan, khususnya perusahaan mikro, kecil dan sederhana (PMKS) Bumiputera,” katanya.

“Justeru, kita perlu lebih tangkas menyesuaikan diri dan melihat cabaran ini sebagai peluang untuk memperkukuh daya saing. Menyedari hakikat tersebut, kerajaan komited memperkukuh agenda Bumiputera dalam Rancangan Malaysia Ketiga Belas (RMK-13) menerusi 132 ikhtiar di bawah Pelan Transformasi Ekonomi Bumiputera 2035 (PuTERA35),” tambah beliau.

BBEA 2026 menghimpunkan usahawan, pemimpin korporat dan selebriti bagi meraikan kecemerlangan perniagaan Bumiputera, selain mengiktiraf sumbangan pemimpin industri dalam landskap perniagaan negara.

Anugerah tersebut diwujudkan bagi mengiktiraf kecemerlangan perniagaan pada pelbagai peringkat pertumbuhan serta mengetengahkan sumbangan perusahaan Bumiputera kepada ekonomi Malaysia. Pengiktirafan turut merangkumi pencapaian dalam pembangunan produk dan perkhidmatan baharu, pengembangan jenama tempatan serta sumbangan individu dan institusi dalam memajukan industri masing-masing menerusi kepimpinan mereka.

Hadir sama ialah Penasihat Korporat ANGKASA (Sektor Kerajaan), Dato’ Dr. Haji Mohd Nasiruddin Othman.

ARTIKEL BERKAITAN
- Advertisment -

Terkini

INFOGRAPHICS
Google search engine