Presiden ANGKASA merangkap Ahli Lembaga International Cooperative Alliance (ICA), Datuk Seri Abdul Fattah Abdullah, yang mengetuai delegasi ANGKASA dan koperasi Malaysia ke Persidangan Koperasi Global (The Global Cooperative Conference 2026) pada 13 September 2026, selamat tiba di tanah air (Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur) pada jam 5.15 petang pada 20 September 2026.
Kepulangan beliau membawa bersama kejayaan terpilih sebagai Ahli Lembaga International Cooperative Alliance (ICA) bagi penggal 2026 hingga 2030 pada Perhimpunan Agung ICA 2026 di Panama Convention Centre, Panama.
Datuk Seri Dr. Abdul Fattah mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan kepada semua wakil ANGKASA yang hadir, diketuai oleh Timbalan Presiden ANGKASA, Prof. Madya Dato’ Dr. Haji Abdul Rahman Abdul Razak Shaik dan wakil koperasi.
“Kejayaan saya hari ini adalah kesinambungan penglibatan Naib Presiden, Dato’ Haji Kamarudin Ismail sebagai Ahli Lembaga ICA dan ICA Global serta Negara-negara Asia yang mengiktiraf peranan dan memberi kepecayaan kepada ANGKASA.”ujarnya.
Menurutnya lagi, sesungguhnya peranan koperasi boleh memberi kesejahteraan pada anggota koperasi dan penduduk dunia. Deklarasi Panama juga akan dibawa kepada Perdana Menteri Malaysia, Dato’ Seri Anwar Ibrahim.
ANGKASA turut mempunyai wakil iaitu Dato’ Haji Kamarudin Ismail sebagai Ahli International Cooperative Agricultural Organisation (ICAO) dan Naib Presiden ANGKASA, Datuk Haji Mohamad Ali Hasan sebagai Ahli Lembaga dalam Cooperative Housing International (CHI).
“Apa yang penting, sokongan koperasi sangat diperlukan dalam menyumbang idea dan sama-sama memikul tanggungjawab serta amanah yang diberi.” ujarnya lagi.
Hadir sama ialah Pengerusi ANGKASA Negeri Sembilan, Hajah Noorizan Abd Latif, Pengerusi ANGKASA Negeri Wilayah Persekutuan, Hajah Sharifah Aminah Syed Mohssain, Penasihat Korporat ANGKASA (Sektor Kerajaan), Dato’ Dr. Haji Nasiruddin Othman, Ketua Pegawai Pengurusan Kumpulan ANGKASA, Haji Anuar Bulin dan Pengurus Besar Kanan, Kumpulan Kewangan Korporat, Hamzah Ibrahim.























