Tuesday, June 23, 2026
HomeUncategorizedIntegriti Perkukuh Etika Kewartawanan

Integriti Perkukuh Etika Kewartawanan

Nilai-nilai integriti dalam kewartawanan sangat penting bagi menjamin kekukuhan dalam pemberitaan secara lebih beretika dan telus.

Justeru, setiap wartawan yang mewakili pelbagai platform media perlu amanah dalam mrnjalankan tugas selain mrnjalankannya dengan penuh rasa tanggungjawab.

Demikian dutegaskan Perdana Menteri, YAB Dato’ Seri Utama Anwar bin Ibrahim sewaktu menyampaikan ucapan perasmian di Majlis Kemuncak Hari Wartawan Nasional (Hawana) 2026 bertempat di PICCA Convention Centre @ Butterworth Arena, Pulau Pinang pada 20 Jun 2026.

Majlis tersebut yang membawa tema ‘Media Berintegriti, Teras Kreadibiliti’ turut dihadiri oleh Menteri Komunikasi, Datuk Ahmad Fahmi bin Mohamed Fadzil dan Ketua Menteri Pulau Pinang, Tuan Chow Kon Yeow.

ANGKASA yang merupakan antara penaja utama HAWANA 2026 turut sama memeriahkan majlis dengan kehadiran Naib Presiden ANGKASA, Dato’ Haji Che Mohd Shukree Che Isa yang mewakili Presiden ANGKASA dan Pengurus Besar Bahagian Korporat ANGKASA, Encik Halim Haji Ibrahim.

Majlis Kemuncak HAWANA 2026 turut diserikan dengan beberapa agenda seperti pertukaran memorandum persefahaman antara
BERNAMA dan Tatoli, Timor-Leste, penyampaian hadiah Pesta Pantun HAWANA-DBP 2026,
penyampaian sumbangan Tabung Kasih@HAWANA dan penyampaian Anugerah Khas HAWANA 2026.

ARTIKEL BERKAITAN
- Advertisment -
Google search engine

Terkini

INFOGRAPHICS
Google search engine