Thursday, April 23, 2026
HomeUncategorizedKONSORMAS - KEMBARA KORBAN Jalin Kerjasama Jayakan Program Korban Cinta Masjid 2026

KONSORMAS – KEMBARA KORBAN Jalin Kerjasama Jayakan Program Korban Cinta Masjid 2026

Satu majlis menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) antara Konsortium Koperasi Kariah Masjid Malaysia Berhad (KONSORMAS) bersama Kembara Korban 1001 Asnaf Sdn. Bhd. telah diadakan di Wisma Ungku A. Aziz, Kelana Jaya pada 21 April 2026.

Menerusi MoU tersebut, kedua-dua pihak telah bersetuju untuk menjalin kerjasama dalam pembekalan dan pengurusan lembu korban bagi menjayakan ‘Program Korban Cinta Masjid 2026’ anjuran KONSORMAS.

Majlis menandatangani MoU berkenaan telah disempurnakan oleh Pengerusi KONSORMAS yang juga Presiden ANGKASA, Datuk Seri Dr. Abdul Fattah Abdullah manakala Kembara Korban diwakili Pengarah Kembara Korban 1001 Asnaf Sdn. Bhd., Dato’ Sr Rosli Atan.

Datuk Seri Dr. Abdul Fattah dalam ucapan ringkasnya telah memberi penekanan tentang kepentingan tadbir urus cemerlang khususnya dalam aspek pengurusan ibadah korban.

Katanya, usaha murni tersebut sekiranya dibuat mengikut garis panduan dan piawaian yang betul, urusan ibadah korban akan menjadi lebih lancar dan terurus sekali gus dapat memberikan keyakinan lebih tinggi kepada anggota koperasi yang mengambil bahagian.

Hadir sama di majlis tersebut ialah Penasihat Korporat ANGKASA (Sektor Kerajaan), Dato’ Dr. Dato’ Dr Haji Mohd Nasiruddin Othman, Pengurus Besar Bahagian Korporat ANGKASA, Encik Halim Haji Ibrahim, Setiausaha KONSORMAS, Tuan Haji Hasnan Haji Mustapha dan Pengurus Kanan Bahagian Pembangunan dan Perniagaan Koperasi Kariah Masjid ANGKASA, Encik Mohd Safian Abdul Rahman.

ARTIKEL BERKAITAN
- Advertisment -
Google search engine

Terkini

INFOGRAPHICS
Google search engine