Friday, June 26, 2026
HomeKOPERASIMAPA 2026 Platform Suara Koperasi Ke Arah Pemerkasaan Sosioekonomi Rakyat

MAPA 2026 Platform Suara Koperasi Ke Arah Pemerkasaan Sosioekonomi Rakyat

Sesi Perjumpaan Bersama Presiden sempena Bengkel Penyelarasan Pertanyaan, Pandangan dan Cadangan Jurucakap Negeri bagi Mesyuarat Agung Perwakilan ANGKASA Ke-40 (MAPA 2026) telah berlangsung di Hotel Grand Dorsett, Subang Jaya dengan penyertaan jurucakap negeri dari seluruh negara.

Program ini bertujuan menyelaras isu, pandangan dan cadangan yang bakal dibawa ke MAPA 2026 agar setiap perkara yang dibangkitkan mencerminkan aspirasi anggota koperasi serta menyumbang kepada penambahbaikan dan pembangunan ANGKASA secara menyeluruh.

Bengkel ini juga menjadi platform penting dalam memperkukuh budaya dialog yang matang, profesional dan berorientasikan penyelesaian.

Presiden ANGKASA, Datuk Seri Dr. Abdul Fattah Abdullah dalam ucapannya berkata, “Jurucakap negeri memainkan peranan penting sebagai jambatan komunikasi antara koperasi anggota dan kepimpinan ANGKASA. Setiap pandangan yang dibawa hendaklah berfakta, beretika serta memberi fokus kepada penyelesaian demi memperkukuh gerakan koperasi dan memastikan MAPA Ke-40 berlangsung dengan lebih berkualiti serta berkesan.”

Beliau turut menegaskan komitmen ANGKASA dalam memperkasakan pendidikan dan latihan koperasi, meningkatkan daya saing perniagaan, memperkukuh tadbir urus dan integriti serta memperluaskan jaringan kerjasama strategik.

Beliau berharap bengkel ini dapat menjadi medan terbaik untuk menyelaras isu-isu yang akan dibawa ke MAPA 2026 sekali gus memperkukuhkan peranan ANGKASA sebagai badan apeks yang terus memacu kemajuan gerakan koperasi Malaysia.

Turut hadir dalam majlis tersebut ialah Timbalan Presiden ANGKASA, Prof. Madya Dato’ Dr. Abdul Rahman Abdul Razak Shaik, Naib-Naib Presiden ANGKASA iaitu Dato’ Haji Mohamad Ali Hasan, Dato’ Haji Kamarudin Ismail, Dato’ Haji Ibrahim Haji Abdullah, Dato’ Haji Che Mohd Shukree Che Isa, Tuan Haji Azizul Alias (Wakil Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi) dan Encik Ezleezan Othman (Wakil Kementerian Kewangan), Timbalan Pengerusi Mesyuarat Agung Perwakilan Angkasa ke-40 (MAPA 2026), Datuk Haji Haron Haji Abdullah, barisan Jawatankuasa Tadbir Kebangsaan dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan ANGKASA, Dato’ Haji Abdullah Haji Jusoh.

ARTIKEL BERKAITAN
- Advertisment -
Google search engine

Terkini

INFOGRAPHICS
Google search engine