Wednesday, April 29, 2026
HomeANTARABANGSAMemperkukuh Kerjasama Antarabangsa: Pertemuan ANGKASA Bersama Koperasi Korea

Memperkukuh Kerjasama Antarabangsa: Pertemuan ANGKASA Bersama Koperasi Korea

Naib Presiden ICA-AP merangkap Presiden ANGKASA, Datuk Seri Dr. Abdul Fattah Abdullah telah mengadakan satu pertemuan rasmi bersama Naib Presiden Eksekutif National Agricultural Cooperative
Federation (NACF) Korea Selatan, Mr. Jeong In Ho dalam usaha memperkukuh hubungan strategik antara gerakan koperasi Malaysia dan Korea.

Pertemuan ini memberi tumpuan kepada potensi kerjasama dalam pembangunan projek koperasi yang mampu memberi impak positif kepada kedua-dua negara. Perbincangan meliputi perkongsian kepakaran, pemindahan teknologi serta peluang memperluas akses pasaran bagi produk dan perkhidmatan koperasi.

Selain itu, kedua-dua pihak turut menzahirkan komitmen untuk memperkasakan jaringan antarabangsa melalui inisiatif bersama yang berteraskan inovasi dan pembangunan mampan. Usaha ini dilihat selaras dengan agenda global dalam memperkukuh peranan koperasi sebagai pemacu ekonomi komuniti.

Pertemuan ini diharapkan menjadi pemangkin kepada hubungan kerjasama yang lebih erat antara Malaysia dan Korea, seterusnya membuka lebih banyak peluang kepada gerakan koperasi untuk berkembang di peringkat antarabangsa.

Turut hadir di pertemuan tersebut ialah Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan ANGKASA, Dato’ Haji Abdullah Haji Jusoh, Pengurus Malaysian Business Office, Bahagian Antarabangsa ANGKASA, Hajah Wan Azwati Wan Mohamed dan Pengarah MyANGKASA Trading Sdn Bhd, Encik Amiruddin Abdullah.

ARTIKEL BERKAITAN
- Advertisment -
Google search engine

Terkini

INFOGRAPHICS
Google search engine