Tahniah diucapkan kepada Prof. Dr. Hj. Mansor Ahmad atas pelantikan sebagai Pengerusi Jawatankuasa ANGKASA Negeri (JKAN) Selangor yang baharu.
Beliau yang sebelum ini merupakan Timbalan Pengerusi JKAN Selangor, telah menggantikan mantan pengerusi terdahulu iaitu Dato’ Haji Mohd Alias Hamzah.
Majlis lafaz ikrar pelantikan beliau telah berlangsung di Wisma Ungku A. Aziz, Kelana Jaya pada 24 April 2026 dan disaksikan oleh Presiden ANGKASA, Datuk Seri Dr. Abdul Fattah Abdullah dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan ANGKASA, Dato’ Haji Abdullah Haji Jusoh.









