HomeUncategorizedWarga ANGKASA Diseru Siap Sedia Hadapi Tugasan Berskala Tinggi

Warga ANGKASA Diseru Siap Sedia Hadapi Tugasan Berskala Tinggi

Warga ANGKASA diminta supaya bersedia dengan sebarang bentuk pembaharuan dalam aspek tadbir urus kerjaya selain perlu bersiap sedia melaksanakan projek-projek berskala tinggi seperti bank digital dan pembangunan semula Co-op City di Bandar Penawar, Johor.

Kedua-dua projek tersebut sangat penting bagi mengukuhkan kedudukan ANGKASA serta gerakan koperasi di peringkat negara dan antarabangsa.

Demikian menurut Presiden ANGKASA, Datuk Seri Dr. Abdul Fattah Abdullah sewaktu berucap dalam Sesi Bersama Presiden di Auditorium ANGKASA, Kelana Jaya pada 29 Julai 2026.

Katanya, ANGKASA kini bersedia menyertai operasi bank digital selepas menerima kelulusan dasar daripada Bank Negara Malaysia (BNM). Projek Co-op City pula akan disusun semula bagi memastikan penglibatan koperasi dalam pembangunan dan pengurusan hartanah.

Datuk Seri Dr. Abdul Fattah turut merakamkan penghargaan kepada warga ANGKASA atas kejayaan penganjuran MAPA 2026 serta mengucapkan tahniah kepada Haji Zaharuddin Alias dan Dato’ Haji Ibrahim Haji Abdullah yang dipilih sebagai Naib Presiden ANGKASA.

Beliau juga turut menegaskan kepentingan dalam memperkukuh kerjasama antara ibu pejabat, ANGKASA Negeri dan anak syarikat, di samping menganggap tempat kerja sebagai medan mencari rezeki dan beribadah.

ARTIKEL BERKAITAN
- Advertisment -
Google search engine

Terkini

INFOGRAPHICS
Google search engine