Kira-kira 3,500 peserta memeriahkan acara Cultural Night Run @ Penang 2nd Bridge 2026 (CNR2026) yang berlangsung di Batu Kawan, Pulau Pinang, pada 8 Ogos 2026, sekali gus menjadikannya antara acara larian malam berprestij yang dinanti-nantikan dalam dan luar negara.
Program anjuran bersama Koperasi LLM Berhad (KLLMB) dan Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) itu disempurnakan oleh Timbalan Menteri Kerja Raya, YB Datuk Seri Dr. Ahmad Maslan, yang turut melepaskan peserta bagi kategori utama serta menyampaikan hadiah kepada para pemenang.
Turut hadir Ketua Setiausaha Kementerian Kerja Raya (KKR), Datuk Seri Azman bin Ibrahim, Timbalan Ketua Setiausaha KKR, Dato’ Zainal Alhakab Seman, Ketua Pengarah LLM , Encik Ir. Mohd. Hadzmi bin Yusoff, dan Pengerusi KLLMB, Dato’ Idrus bin Mat Tais.
Presiden ANGKASA merangkap Presiden ASEAN Co-operative Organization, Datuk Seri Dr. Abdul Fattah Abdullah, turut hadir bersama tetamu kenamaan lain bagi acara pelepasan peserta, dengan simbolik mengibarkan bendera ANGKASA, selain bersama-sama menyertai acara VIP Walk.
Penganjuran CNR2026 dijayakan dengan kerjasama strategik Kementerian Kerja Raya (KKR), Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (KUSKOP), Kementerian Belia dan Sukan (KBS), Kerajaan Negeri Pulau Pinang, Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM), ANGKASA, Persatuan Olahraga Amatur Negeri Pulau Pinang (P.A.A.A.), Majlis Bandaraya Seberang Perai (MBSP), Jambatan Kedua Sdn. Bhd. (JKSB) serta pelbagai agensi kerajaan, syarikat korporat dan rakan strategik yang lain.
Berlangsung dari jam 9 malam hingga 1.30 pagi, CNR2026 mempertandingkan tiga kategori iaitu 21 kilometer (21KM), 10 kilometer (10KM) dan 5 kilometer (5KM) Cultural Fun Run, dengan laluan larian bermula di KIPPA Shopping Centre, Bandar Cassia, Batu Kawan dan merentasi Jambatan Sultan Abdul Halim Mu’adzam Shah, sekali gus menawarkan pengalaman larian malam yang unik kepada para peserta.
Penganjuran CNR2026 bukan sahaja menggalakkan amalan gaya hidup sihat, malah menyemarakkan semangat perpaduan dalam kalangan masyarakat berbilang kaum dan budaya. Program itu turut menyokong usaha mempromosikan pelancongan domestik dan antarabangsa sempena Tahun Melawat Malaysia 2026, selain mengetengahkan Jambatan Sultan Abdul Halim Mu’adzam Shah sebagai destinasi ikonik bagi penganjuran acara bertaraf antarabangsa.
Bagi memeriahkan lagi penganjuran, pihak penganjur menawarkan hadiah wang tunai dan hadiah iringan berjumlah RM34,050, termasuk hadiah bagi kategori pakaian tradisional tercantik serta pelbagai hadiah cabutan bertuah. Setiap peserta yang mendaftar turut menerima penyertaan berupa T-shirt rasmi, pingat penamat, e-sijil dan pelbagai cenderamata daripada pihak penaja.
Dalam ucapannya, YB Datuk Seri Dr. Ahmad Maslan berkata kejayaan penganjuran CNR2026 mencerminkan komitmen serta kerjasama erat antara kementerian, agensi kerajaan, sektor swasta dan rakan strategik dalam menjayakan program yang memberi manfaat kepada masyarakat, selain memperkukuh usaha mempromosikan gaya hidup sihat, memupuk perpaduan serta mengangkat Jambatan Sultan Abdul Halim Mu’adzam Shah sebagai salah satu ikon kebanggaan negara.
Pihak penganjur turut merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada semua penaja, rakan strategik, agensi kerajaan, syarikat korporat, sukarelawan, petugas, pihak berkuasa keselamatan, media serta semua pihak yang memberikan sokongan dan kerjasama dalam menjayakan Cultural Night Run @ Penang 2nd Bridge 2026, yang membuktikan kolaborasi strategik pelbagai pihak mampu melahirkan program berkualiti dan memberi manfaat kepada masyarakat.
Hadir sama, Timbalan Presiden ANGKASA, Prof. Madya Dato’ Dr. Haji Abdul Rahman Abdul Razak Shaik, Naib-Naib Presiden ANGKASA, iaitu Dato’ Haji Ibrahim Haji Abdullah dan Tuan Haji Zaharuddin Alias, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan ANGKASA, Dato’ Haji Abdullah Haji Jusoh, Pengurus Besar Bahagian Korporat ANGKASA merangkap Pegawai Khas Presiden ANGKASA dan menjalankan fungsi Pengurus Besar Kanan Kumpulan Tadbir Urus dan Pentadbiran, Encik Halim Haji Ibrahim.


















