Wednesday, March 18, 2026
HomeUncategorizedMajlis Penyerahan Van Jenazah Perkukuh Agenda Kebajikan Komuniti

Majlis Penyerahan Van Jenazah Perkukuh Agenda Kebajikan Komuniti

MyANGKASA Amanah Berhad (MAAB) terus memperkukuh komitmen terhadap tanggungjawab sosial menerusi Majlis Penyerahan Van Jenazah yang berlangsung di Wisma MAAB, Kelana Jaya pada hari ini (18 Mac 2026).

Majlis tersebut telah disempurnakan oleh Presiden ANGKASA, Datuk Seri Dr. Abdul Fattah Abdullah yang menyerahkan sebuah van jenazah kepada Pengerusi Masjid Kampung Kuala Mai, Mohd Zulkifli Ismail sebagai inisiatif mempertingkat kemudahan pengurusan jenazah bagi komuniti setempat.

Turut hadir ialah Pengerusi MAAB merangkap Anggota Lembaga ANGKASA, Datuk Haji Mohamad Ali Hasan, Naib Presiden ANGKASA, Dato’ Haji Kamarudin Ismail; Ketua Pegawai Eksekutif MAAB, Zaidi Shahrim serta Pengurus Besar MAAB, Muhammad Syafiq Abdullah.

Dalam ucapannya, Datuk Seri Dr. Abdul Fattah Abdullah menegaskan bahawa penyediaan kemudahan seperti van jenazah ini merupakan sebahagian daripada usaha berterusan MAAB dalam melaksanakan inisiatif tanggungjawab sosial korporat (CSR) yang berimpak tinggi. Beliau menambah, peranan gerakan koperasi tidak terhad kepada aspek ekonomi semata-mata, malah turut merangkumi kesejahteraan sosial dan kebajikan masyarakat.

Penyerahan van jenazah ini dijangka dapat membantu melancarkan urusan pengurusan jenazah serta meringankan beban komuniti setempat, di samping memperkukuh semangat kebersamaan dan keprihatinan dalam kalangan masyarakat.

Program ini mencerminkan komitmen berterusan ANGKASA dan MAAB dalam memperkasa fungsi koperasi sebagai pemangkin pembangunan sosial yang inklusif dan mampan di Malaysia.

ARTIKEL BERKAITAN
- Advertisment -
Google search engine

Terkini

INFOGRAPHICS
Google search engine