Saturday, November 15, 2025
HomeAKTIVITILima (5) Fokus Strategik Utama 2026 Lonjak ANGKASA Kekal Relevan Dalam Landskap...

Lima (5) Fokus Strategik Utama 2026 Lonjak ANGKASA Kekal Relevan Dalam Landskap Ekonomi Negara

ANGKASA terus komited memastikan badan puncak koperasi negara terus kekal relevan dengan menetapkan Lima (5) Fokus Strategik Utama 2026.

Lima fokus tersebut ialah Transformasi Perniagaan dan Kewangan, Pendigitalan ANGKASA, Pengukuhan Tadbir Urus dan Akauntabiliti, Perluasan Rangkaian Strategik dan Pemerkasaan Modal Insan.

Presiden ANGKASA, Datuk Seri Dr. Abdul Fattah Abdullah berkata, kelima-lima Fokus Strategik Utama 2026 tersebut adalah paksi yang selari dengan hala tuju PESAN50 dalam menjayakan aspirasi nasional yang digariskan menerusi Dasar Koperasi Malaysia (DaKOM) dan Aspirasi Koperasi Malaysia (ASKOM).

Beliau berkata demikian sewaktu merasmikan Bengkel Pencapaian Prestasi 2025 & Penetapan Sasaran ANGKASA 2026 bertempat di Wisma Ungku A Aziz, ANGKASA, Kelana Jaya, pada 27 Oktober 2025.

Hadir sama ialah Timbalan Presiden ANGKASA, Prof. Madya Dato’ Dr. Haji Abdul Rahman Abdul Razak Shaik, Naib-Naib Presiden ANGKASA iaitu Dato’ Haji Che Mohd Shukree Che Isa dan Dato’ Haji Ibrahim Haji Abdullah dan Pengerusi Jawatankuasa Audit Dalaman (JAD) ANGKASA, Dato’ Shaharudin Mohd Sa’ad.

Seramai 60 peserta terdiri daripada barisan Pengerusi ANGKASA Negeri serta barisan pengurusan tertinggi ANGKASA diketuai Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan ANGKASA, Dato’ Haji Abdullah Haji Jusoh hadir secara fizikal manakala 100 peserta lain daripada anggota Jawatankuasa ANGKASA Negeri (JKAN) dan kakitangan JKAN seluruh negara hadir secara dalam talian menerusi aplikasi Zoom Meeting.

Bengkel selama empat hari berakhir 30 Oktober 2025 itu merupakan platform pencernaan idea dan perkongsian ilmu dalam kalangan kepimpinan dan pengurusan bagi memastikan pelan strategik organisasi ANGKASA memenuhi kehendak dan cabaran semasa.

ARTIKEL BERKAITAN
- Advertisment -
Google search engine

Terkini

INFOGRAPHICS
Google search engine